awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar lepaskan gian 'merempit', tonjol aksi 'Superman' ditahan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/04/2022
04:35 MYT
Pelajar lepaskan gian 'merempit', tonjol aksi 'Superman' ditahan
Aksi dua pelajar menunggang motosikal sambil menundukkan kepala serta memecut secara bersimpang-siur sejauh kira-kira 700 meter. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Tindakan dua pelajar melakukan aksi berbahaya dan berlumba ketika umat Islam sedang menunaikan solat tarawih menerima padah selepas diberkas pihak polis.
Kedua-dua mereka yang berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam satu operasi di Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus kira-kira jam 9.05 malam pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintenden Ismail Man berkata sebelum itu pihaknya mengesan kedua pelajar itu menunggang motosikal sambil menundukkan kepala serta secara bersimpang-siur sejauh kira-kira 700 meter.
Susulan itu pihaknya mengekori dan menahan suspek ketika mereka memberhentikan motosikal mereka di belakang Balai Raya Kampung Padang Kemunting, Kuala Nerus.
"Susulan penahan itu pihak polis juga telah menyita dua buah motosikal jenis Honda EX5 yang digunakan kedua-dua remaja berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata sebanyak sembilan saman juga telah dikeluarkan dalam operasi yang disertai enam pegawai dan anggota Skuad 42 JSPT Terengganu.
Katanya saman yang dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan tiada nombor pendaftaran.
Sementara itu dalam operasi berasingan seorang remaja ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya dengan berlumba sesama sendiri dan menunggang lagak 'Superman' berulang kali.
Ismail berkata suspek yang berusia 17 tahun itu dikesan melakukan aktiviti tersebut kira-kira jam 2.45 pagi pada Ahad dan pihak polis bertindak mengekorinya sehingga ke Jalan Gong Kijang, Kuala Terengganu sebelum dia ditahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#remaja merempit
#solat tarawih
#berlumba
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan