awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut jatuh dari bumbung kompleks beli-belah di Ipoh

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
25/01/2017
12:35 MYT
Pelajar maut jatuh dari bumbung kompleks beli-belah di Ipoh
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut selepas dipercayai terjun dari bumbung sebuah kompleks beli-belah di tengah bandar raya Ipoh pada petang Rabu. -Astro AWANI/Shafiq Noordin
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut selepas dipercayai terjun dari bumbung sebuah kompleks beli-belah di tengah bandar raya Ipoh pada petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, pelajar Tingkatan Lima lengkap berpakaian sekolah itu maut di tempat kejadian selepas terjun dari aras bumbung bangunan berkenaan.
“Mangsa dipercayai keluar sekolah awal, dan setelah tiba di kompleks tersebut telah naik ke "roof top" dan terjun bersama beg sekolah.
“Siasatan awal mendapati wang tunai dalam dompet mangsa tidak terusik dan polis juga tidak menemukan apa-apa elemen berunsur jenayah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Tambah beliau, siasatan terperinci akan diteruskan dan rakaman CCTV daripada kompleks membeli belah itu akan diperoleh dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#pelajar terjun
#Sum Chang Keong
#Tingkatan Lima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan