KUALA LUMPUR: Pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) berpotensi besar untuk menerajui jawatan penting dalam sektor awam dan swasta kerana mereka bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan akademik tetapi tahap disiplin ketenteraan yang tinggi.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang berkata tempoh dua tahun latihan penuh cabaran dan rintangan yang mereka lalui serta penerapan nilai kepimpinan selari dengan moto MTD iaitu Berkhidmat Memimpin atau Served to Lead itu mampu melahirkan pemimpin disegani dan disanjungi.
"Tahap kemandirian yang tinggi, sikap setiakawan yang erat serta kebolehupayaan beradaptasi dengan baik untuk menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, merupakan kualiti istimewa yang tidak mungkin dapat diperoleh oleh rakan-rakan sebaya (pelajar) di luar sana.
"Berani untuk saya mengatakan bahawa inilah pakej luar biasa yang membolehkan Putera MTD dilabel sebagai modal insan yang kredibel, serta berpotensi besar untuk memimpin jawatan penting baik di sektor awam mahupun swasta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Tahunan Putera Maktab Tentera Diraja 2022 yang menyaksikan 241 pelajar tingkatan lima berjaya menamatkan pengajian di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.
Affendi juga mengingatkan pelajar MTD bahawa kejayaan menamatkan pelajaran di maktab itu hari ini merupakan permulaan kehidupan dan mereka perlu bersedia menghadapi dugaan lain yang tidak dijangka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023

Tan Sri Affendi Buang berkata tempoh dua tahun latihan penuh cabaran dan rintangan yang mereka lalui serta penerapan nilai kepimpinan mampu melahirkan pemimpin disegani. - Bernama

10 Berita Pilihan - (27 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sarawak sedia bekalkan tenaga kepada Brunei
Kerajaan Sarawak bersedia membekalkan tenaga kepada Brunei bagi bantu negara itu mencapai sepuluh peratus penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui.

Pentadbiran kerajaan Melaka bakal berubah - Zahid
Struktur pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bakal selewat-lewatnya Jun ini ekoran kerajaan negeri belum membentuk kerajaan madani seperti di peringkat Pusat.

RUU kesalahan seksual kanak-kanak 2023 dibentang
Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan perlindungan menyeluruh kepada golongan itu.

Zahid hargai dapat laksana tugas rasmi di luar negara
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memulangkan semula pasport sekali gus membolehkan beliau melaksanakan tugas rasmi di peringkat antarabangsa.

Lori tangki minyak terbakar
Sebuah lori tangki minyak terbakar dalam kejadian di Kampung Beris Lalang di Bachok, Kelantan pada Isnin.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Mac 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ini baru sahaja permulaan - Elavarasan
Elavarasan berkata, masih banyak yang perlu diperbaiki pasukan muda negara, terutamanya daripada aspek taktikal.

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pelajar MTD berpotensi besar terajui jawatan penting sektor awam, swasta - Affendi
Kemandirian tinggi, sikap setiakawan serta kebolehupayaan beradaptasi dengan baik dengan situasi persekitaran, merupakan kualiti istimewa.