MELAKA: Pelajar perempuan Tingkatan Satu yang ditemukan maut dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun di sini semalam, sedang menjalani rawatan psikiatri di Hospital Muar, Johor.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pelajar yang berasal dari Muar itu juga perlu makan dua jenis ubat penenang bagi merawat penyakit yang dihidapinya.
"Selain itu, pelajar terbabit juga telah dikenakan perintah pemulihan akhlak selama dua tahun di sebuah sekolah pemulihan akhlak di Melaka iaitu di Bukit Baru tetapi bersekolah di sebuah sekolah menengah di Durian Daun.
"Maklumat berkenaan diperoleh menerusi siasatan yang dijalankan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan negeri (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri sebaik kejadian berkenaan berlaku namun punca mangsa terjun masih belum diketahui tetapi mungkin dia mengalami halusinasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata jenazah pelajar terbabit telah diuruskan oleh pihak JPN dan asrama sebaik mungkin untuk dibawa dan dikebumikan di Tangkak, Johor hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sebuah sekolah menengah di Durian Daun, di sini semalam.
Mangsa ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2.31 petang semalam dan siasatan awal polis mendapati kelas mangsa berada di tingkat dua bangunan sekolah tiga tingkat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Pelajar yang berasal dari Muar itu juga perlu makan dua jenis ubat penenang bagi merawat penyakit yang dihidapinya. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Tingkatan 2 cedera jatuh bumbung selepas hisap vape di sekolah
Seorang pelajar Tingkatan Dua cedera selepas terjatuh dari bumbung sekolahnya di sini, dipercayai akibat khayal selepas menghisap vape.
Pelajar perempuan jatuh bangunan sekolah sedang jalani rawatan psikiatri
Pelajar perempuan Tingkatan Satu yang ditemukan maut dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Melaka semalam, sedang menjalani rawatan psikiatri di Hospital Muar.