awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar perempuan maut motosikal terbabit kemalangan

Bernama
Bernama
30/06/2015
08:00 MYT
Pelajar perempuan maut motosikal terbabit kemalangan
Mangsa Dina Shuhadah Ahmad Fariz, 17, dari Taman Lavender Height dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menuju ke Seremban apabila motosikalnya hilang kawalan setelah bergesel dengan sebuah kereta dari arah yang sama. - Gambar Hiasan
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima, maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan treler di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan dekat sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, mangsa Dina Shuhadah Ahmad Fariz, 17, dari Taman Lavender Height dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menuju ke Seremban apabila motosikalnya hilang kawalan setelah bergesel dengan sebuah kereta dari arah yang sama.
Katanya dalam masa yang sama terdapat sebuah treler melalui arah yang sama dan mangsa telah terjatuh bersama motosikalnya sebelum digilis dibahagian tayar belakang treler berkenaan.
Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat.
Katanya pemandu kereta dan pemandu treler bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya siasatan masih dijalankan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan motosikal
#maut
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan