Golongan pelajar perlu diberi peluang untuk mendapat lebih banyak akses kepada bahan sastera dalam usaha membudayakan bahan sastera dalam kalangan anak muda, demikian harapan penerima Anugerah Sastera Negara ke-14 Dr Siti Zainon Ismail.
Siti Zainon berkata selama ini para pelajar kurang menerima bahan sastera negara yang merupakan satu sumber diperlukan oleh generasi muda yang bakal memimpin.
"Kita perlukan penerus (pewaris) generasi supaya generasi kita yang bakal menjadi pemimpin tahu apa maknanya susastera, iaitu sastera yang indah, penuh adab dan penuh akal fikiran.
"Ia untuk bangsa dan negara kita yang hargai. Tradisi seni sastera tidak bererti ia kuno kerana ada sejarah dan ilmu di sebalik setiap sastera yang boleh dikaji masyarakat," katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai perancangannya dalam dunia kesusasteraan.
BACA: Siti Zainon Ismail dipilih Sasterawan Negara ke-14
BACA: Sasterawan Negara terima kejutan besar!
Antara karya nukilan Siti Zainon adalah Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi (DBP 1986), Percikan Seni (DBP 1989) dan Alam Puisi (DBP 1990), Kasih Bonda dan Kampung Paya Kami terbitan DBP 2008.
Beliau yang merupakan wanita kedua meraih anugerah itu selepas Datuk Dr Zurinah Hassan juga menjelaskan peranan wanita penting dalam memupuk nilai positif yang terkandung dalam sesebuah karya sastera.
"Sememangnya ramai penulis wanita tetapi karya-karya mereka belum dikaji secara penuh (menyeluruh). Peranan kaum ibu umpamanya (dipaparkan) jika membeli karya Zurinah Hassan...boleh menceritakan nilai dan warisan yang terkandung dengan anak-anak.
"Ini ialah warisan...untuk moden, kita teruskan tapi harus diingat, moden tidak akan ada kalau tiada warisan kerana ia hadir di sekitar kita dan kita perlu hargainya," jelasnya yang juga pernah merangkul beberapa anugerah sepanjang penglibatannya dalam seni sastera.
BACA: Agong berkenan kurnia watikah Sasterawan Negara Ke-14
BACA: Sasterawan Negara terima elaun bulanan RM5,000
Dilahirkan pada 18 Disember 1949 di Gombak, Kuala Lumpur, Siti Zainon merupakan alumni Sekolah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Yogyakarta, Indonesia pada tahun 1969-1974 sehingga memperoleh Sarjana Muda Seni Lukis.
Sejak tahun 1985, beliau telah menghasilkan 20 buku kajian yang menjadi rujukan budayawan, pengkaji budaya mahupun pelajar di dalam dan luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019

Siti Zainon menunjukkan watikah Sasterawan Negara yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada majlis malam tadi, 21 Sept, 2019. --fotoBERNAMA

AWANI Ringkas: Parti CDU Jerman lantik pemimpin baharu | Tenis Terbuka Australia dilanda badai Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Vaksin COVID-19 | India mulakan kempen vaksinasi besar-besaran
India memulakan kempen vaksinasi COVID-19 nasional pada Sabtu. Keutamaan suntikan vaksin adalah petugas kesihatan.

PKP 2.0 | Tahap pematuhan pengguna jalan raya di Melaka, ditahap tertinggi
Kadar pematuhan pengguna jalan raya di Melaka sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 berada di tahap membanggakan. Tiada sebarang kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya, sehingga Jumaat.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 94.2 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 94.2 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2.01 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.01 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 393 ribu kes.

COVID-19 | 47 pemain jalani kuarantin
Persediaan bagi Kejohanan Tenis Terbuka Australia kandas, apabila 47 pemain diarahkan untuk jalani kuarantin. Ini selepas beberapa penumpang dalam pesawat sewa khas yang tiba di Melbourne disahkan positif COVID-19.

COVID-19 | Kajian penjujukan genom perlu dipertingkat
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sarankan penjujukan genom terhadap koronavirus perlu ditingkatkan bagi memantau mutasi virus tersebut. Selain itu, vaksin COVID-19 harus diedarkan secara adil ke seluruh dunia bagi meminimumkan jumlah kematian.

Ikan Budu | Kaedah simpan ikan ketika musim banjir
Dalam situasi banjir, kebiasaanya bekalan makanan terutama jenis barangan basah termasuk ikan sukar diperolehi. Apatah lagi tangkapan hasil laut juga berkurangan kerana nelayan tidak ke laut kerana laut bergelora. Bagaimana orang dahulu menyimpan bekalan makanan?

Vaksin COVID-19 | Argentina dan Serbia mula terima dos vaksin
Beberapa negara terus menerima penghantaran vaksin COVID-19 daripada negara pengeluar. Ini termasuk vaksin keluaran China, Sinopharm, dan Rusia - Sputnik V.

Banjir | Empat negeri masih terkesan, 10,549 mangsa terjejas
Empat negeri masih lagi terkesan banjir dengan jumlah keseluruhan mangsa kini 6,411 orang di 77 Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Menurut portal info bencana JKM, Pahang masih catat jumlah mangsa tertinggi dengan 4,252 orang.

Tiada tempat politik berasaskan kaum, agama - Mohd Shafie
Mohd Shafie berkata, perpaduan harus dijadikan landasan reformasi menerusi penglibatan demokrasi yang diwakili semua pihak.

Pemimpin muda bersifat 'fluid', mudah duduk berunding - AMK
Anak muda bersikap lebih fleksibel dan mudah untuk dilentur berbanding pemimpin senior yang dilihat lebih sukar untuk berunding.

MUDA mahu bawa pembaharuan, perubahan - Syed Saddiq
Apabila pendaftaran parti itu diluluskan, Syed Saddiq berkata, satu tampuk kepimpinan yang unik akan diketengahkan kepada rakyat dan struktur parti politik yang baharu.

Akses buat anak muda Dayak berpolitik perlu diperluas - Penganalisis
Akses kepada belia berbangsa Dayak di Sarawak untuk menyertai arena politik perlu diperluaskan dan tidak hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai latar belakang politik semata-mata.

Mayat Naib Ketua Armada Bersatu Kota Tinggi ditemui
Mayat Mohd Zulfikrie ditemui di kawasan berbatu menghala ke Tanjung Lompat kira-kira pukul 3 petang tadi.

Naib Ketua Armada Kota Tinggi dikhuatiri lemas
Dalam kejadian pada jam 5.05 petang, Mohd Zulfikrie Buang, 24 tahun dikatakan tergelincir dari perancah semasa membuat kerja-kerja membaiki kerosakan jeti.

Peniaga, penjaja dinasihat beri kerjasama kepada MPP, PBT
Nasihat yang sama diberikan kepada peniaga-peniaga muda di bawah Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota.

Skim Bantuan Sewa Sarawak, inisiatif bantu anak muda dalam perancangan kewangan
Skim Bantuan Sewa Sarawak RM200 yang ditawarkan Kerajaan Negeri Sarawak kepada golongan berpendapatan rendah dilihat mampu membantu golongan muda memulakan kehidupan di bandar.

BTS suarakan sokongan terhadap anak muda
Kesemua tujuh ahli kumpulan itu mengambil bahagian menyuarakan sokongan mereka sebagai wakil anak muda.

PRN Sabah: Saya mahu terus bantu mereka kerana saya sayang orang Kota Belud
Menjalankan perniagaan gajet dan telefon bimbit merupakan cita-cita buat seorang anak muda dari Kota Belud ini.