awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar sekolah dicekup curi tabung surau

Sinar Harian
Sinar Harian
09/10/2023
02:40 MYT
Pelajar sekolah dicekup curi tabung surau
Seorang pelajar tingkatan tiga dicekup ketika mencuri tabung sebuah surau di Kampung Dalam Pupuh di Kota Bharu pada Ahad. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang pelajar Tingkatan Tiga dicekup ketika mencuri tabung sebuah surau di Kampung Dalam Pupuh di sini pada Ahad.
Remaja lelaki berusia 15 tahun itu masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian sekitar jam 11.40 pagi itu disedari oleh seorang wanita berusia 50-an yang merupakan penjaga surau tersebut.
"Semasa kejadian, pengadu telah ternampak sebuah basikal di tepi surau dalam keadaan mencurigakan.
"Wanita berkenaan telah masuk ke dalam surau dan mendapati tabung berada keadaan terbuka serta duit telah hilang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut beliau, hasil bantuan penduduk kampung, remaja lelaki itu telah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.
Ujarnya, hasil siasatan awal mendapati suspek aktif melakukan kegiatan pecah tabung masjid dan surau sejak bulan September lalu.
Mohd Suhaimi memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan dengan hukuman penjara selama tempoh sehingga sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
"Suspek akan dibawa untuk permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah pada hari ini (Isnin) bagi tujuan siasatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian yang boleh mengganggu siasatan pihak polis," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja
#tabung surau
#Kampung Dalam Pupuh
#Mohd Suhaimi Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan