YAN: Seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditunggangi terlibat dalam kemalangan dengan dua buah lori dan sebuah motosikal di Jalan Batu 18, Jalan Sungai Petani - Alor Setar, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa, Muhamad Hakimi Muhamad Hambali, 17, yang berasal dari Simpang Tiga, Sungai Daun, Alor Setar meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kemalangan dipercayai berpunca dari pemandu lori yang membawa muatan tempurung kelapa, yang datang dari arah Alor Setar menghala ke Batu 18 ingin membelok dengan tidak memberi signal.
“Pemandu lori berusia 49 tahun itu memasuki simpang mengakibatkan motosikal ditunggangi remaja lelaki berusia 18 tahun yang mengekori dari arah belakang lori gagal membrek lalu melanggar bahagian belakang lori berkenaan.
"Bagaimanapun motosikal ditunggangi pelajar SPM terbabit sempat mengelak lalu memasuki laluan bertentangan dan dirempuh sebuah lori yang ketika itu dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Alor Setar," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Shahnaz berkata, akibat pelanggaran itu pelajar SPM terbabit maut di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan parah selain patah tangan.
Sementara kedua-dua pemandu lori berusia 49 dan 60 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat sementara seorang lagi penunggang yang parah dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
Adie Sufian Zulkefli
Sat Nov 27 2021
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. - PDRM
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
Pelajar SPM cekal urus ibu derita kanser
Muhammad Imran Mohd Adnan bijak membahagikan antara mengulang kaji pelajaran dan menguruskan ibunya.
Program empowerNCER bantu pelajar B40 tingkat pencapaian SPM
95 peratus daripada 3,400 pelajar yang mengikuti program itu lulus SPM dan ia telah dilaksanakan di 30 daerah di empat negeri.
Agong, Permaisuri zahir rasa sukacita, bangga kepada pelajar OKU, B40 cemerlang dalam SPM 2022
Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar cemerlang dan mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan berterusan.
Pelajar SPM maut ketika pulang dari sekolah
Mangsa yang menunggang motosikal terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Proton Wira dari arah Kuala Pilah menghala ke Seremban.
KPM perhalusi cadangan daripada 100 pelajar SPM untuk tambah baik PdP
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan memperhalusi cadangan pelajar untuk menambah baik pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada.
Kerajaan belum cadang beri vaksin kepada pelajar SPM 2021
Kerajaan belum bercadang untuk memberikan suntikan vaksinasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Salam akhir, Muhamad Haikal tatap jenazah ayah sebelum duduki peperiksaan SPM
Rakaman video Muhamad Haikal Iskandar, yang menatap wajah arwah ayahnya buat kali terakhir sebelum menduduki peperiksaan Sejarah kertas dua yang tular hari ini nyata meruntun hati warganet.
Bakal pengantin didakwa rogol adik kandung sejak mangsa berusia 11 tahun
Tertuduh, yang berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus lima pertuduhan terhadapnya.
'Berpesta' di jalan raya rai kertas akhir SPM
Kurang 24 jam tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa kawasan tumpuan pelancong di Melaka dicemari insiden sekumpulan pelajar menunggang motosikal secara melulu.