awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar SPM, STAM, UBPA boleh semak jadual waktu peperiksaan - KPM

Bernama
Bernama
17/11/2021
15:14 MYT
Pelajar SPM, STAM, UBPA boleh semak jadual waktu peperiksaan - KPM
KPM turut menasihati calon untuk merujuk garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dimuat naik di portal rasminya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Tahun 2021.
Kementerian itu memaklumkan jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat lp.moe.gov.my bermula hari ini.
"Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
KPM turut menasihati calon untuk merujuk garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dimuat naik di portal rasminya (https://www.moe.gov.my/) bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak COVID-19.
Sebelum ini, kementerian itu memaklumkan ketiga-tiga peperiksaan itu akan dilaksanakan pada Februari dan Mac tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#jadual peperiksaan
#SPM
#STAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan