awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tahfiz maut, van terbabas ke dalam parit

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
18/04/2023
07:21 MYT
Pelajar tahfiz maut, van terbabas ke dalam parit
Van yang dinaiki 13 orang pelajar termasuk seorang pemandu dikatakan terbabas ke dalam parit di jalan berkenaan. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Seorang pelajar lelaki dari sebuah maahad tahfiz berusia 12 tahun maut selepas van yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Taman Bendahara-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, pagi tadi.
11 lagi pelajar maahad tahfiz terbabit turut mengalami kecederaan ringan selepas van yang mereka naik terbabas sebelum memasuki sebatang parit.
Menurut laporan awal Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11 pagi.
Ketika kejadian, van terbabit dinaiki 13 orang pelajar termasuk seorang pemandu.
Difahamkan kesemua pelajar berkenaan dalam perjalanan menghadiri undangan membeli pakaian atau persalinan hari raya sebelum van berkenaan terbabas.
Pelajar tahfiz berusia 12 tahun itu disahkan meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala 11 pelajar yang kesemuanya berusia bawah 12 tahun mengalami kecederaan.
Turut mengalami kecederaan ialah pemandu van berkenaan.
Identiti mangsa yang meninggal dunia itu belum dapat dikenal pasti.
Topic Berkaitan
#pelajar tahfiz maut
#van terbabas
#Kota Baru
#bomba kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan