Pelbagai pihak khususnya kalangan pelajar melihat perkhidmatan baru yang ditawarkan Astro itu bakal membantu mereka mendekati isu-isu tempatan dengan lebih terperinci.
Antara kandungan tempatan yang dinanti-natikan oleh mereka termasuk liputan Pilihan Raya Umum ke-13 dan perkembangan sukan tanah air.
Pelajar tahun akhir Universiti Melbourne, Sharifah Alia Al-Sagoff berkata perkhidmatan AOTG berupaya merapatkan jurang pelajar yang berada di luar negara.
“Saya fikir bagus kerana ia memberikan pelajar satu landasan menghubungkan berita-berita dan perkembangan yang berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi negara akan hadapi PRU-13. Saya fikir sangat bagus untuk pendedahan kepada pelajar di luar negara. “ ulas Sharifah Alia.
Bagi Raymond Loh, pelajar di Universiti Monash pula ia merupakan platform terbaik untuk mendapatkan perkembangan terkini negara.
“Kami kadang kala rindukan tanah air. Maka, AOTG ini platform terbaik untuk mengetahui apa yang berlaku di Malaysia. Saya suka menonton berita dan sukan. Dengan adanya aotg, kita boleh akses apa yang berlaku . Ia sesuatu yang mengagumkan.”
Kepada Shun Wei Ch'ng pula dia teruja kerana kini boleh menonton dan menyokong atlet kegemarannya beraksi secara langsung melalui AOTG.
Astro melancarkan perkhidmatan AOTG di Melbourne, Australia pada Ahad.
Terdapat hampir 150,000 rakyat Malaysia bermastautin dan belajar di sini dengan 70,000 daripadanya menetap di Melbourne.
Astro Awani
Sun Mar 03 2013
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Siaran langsung final Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 di Astro On The Go
Astro akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 menerusi aplikasi Astro on the Go.