Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang melakukan vandalisme terhadap kenderaan awam dan kereta peronda polis dalam kejadian di Teluk Cempedak, tengah malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supr Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 12.04 tengah malam itu suspek berusia antara 16 dan 23 tahun terbabit dipercayai mabuk.
"Polis menerima aduan awam mengenai kejadian dan bergegas ke lokasi. Sebaik tiba jalan di situ sesak dengan orang ramai yang meraikan Hari Natal," katanya hari ini.
Menurutnya mereka yang berkumpul di situ turut menyembur buih sabun dan melontar tin serta botol air mineral ke arah kereta peronda yang dinaiki dua anggota polis berkenaan.
"Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan dua anggota polis terbabit meminta bantuan tambahan dari anggota cawangan jenayah sebelum berjaya mengawal keadaan," katanya.
Abdul Aziz berkata siasatan awal mendapati semua suspek tiada rekod jenayah.
"Dalam kejadian itu juga tiada sebarang kecederaan dilaporkan, bagaimanapun kereta peronda polis mengalami kerosakan di bahagian belakang dipercayai disepak suspek selain lampu, bonet dan cermin retak akibat dibaling objek keras," katanya.
Katanya semua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan.
Bernama
Wed Dec 25 2013
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Kereta terbang 20 meter, lelaki nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbang sejauh hampir 20 meter gara-gara terbabas.
Pelajar tingkatan empat antara tiga ditahan rosakkan kereta peronda polis
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supr Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 12.04 tengah malam itu suspek berusia antara 16 dan 23 tahun terbabit dipercayai mabuk.