awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
19/08/2023
21:00 MYT
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat dilaporkan dipukul bertubi-tubi di bahagian kepala, muka dan badan oleh rakannya di bilik asrama sebuah sekolah di Matang, Kuching, pada Jumaat. - Gambar hiasan
KUCHING: Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Matang dekat sini dikejarkan ke hospital selepas didakwa mengalami lebam teruk di bahagian mata kiri, dipercayai dipukul teman asramanya.
Menurut sumber, pelajar Tingkatan Empat itu dilaporkan dipukul bertubi-tubi di bahagian kepala, muka dan badan oleh rakannya di bilik asrama lelaki semasa waktu rehat selepas menunaikan solat Jumaat.
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya mengejek mangsa dan mengajaknya berlawan dengan seorang lagi rakannya.
Dikatakan berang kerana ajakannya tidak diendahkan, dia bertindak agresif dengan memukul mangsa dan mengakibatkan kecederaan secara fizikal.
Semasa kejadian, mangsa yang tidak melawan dilaporkan meminta belas ihsan untuk berhenti daripada memukulnya tetapi rayuan tersebut tidak dipedulikan.
Susulan insiden berkenaan, mangsa didakwa mengalami lebam di bahagian mata kiri selain sakit pada tubuh badannya.
Mangsa kemudian menghubungi bapanya memaklumkan kejadian tersebut sebelum laporan polis dibuat di Pusat Sehenti Balai Polis Simpang Tiga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Topic Berkaitan
#buli
#pelajar sekolah asrama
#asrama
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan