awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Super Perancis: PSG bangkit punahkan harapan Marseille
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
Penjawat awam rugi RM150,000 diperdaya 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar Tingkatan Empat maut tercampak motosikal

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
10/06/2019
22:19 MYT
Pelajar Tingkatan Empat maut tercampak motosikal
Insiden itu menyebabkan mangsa, Abdul Rahman Mohd Azmi, 16, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. - Gambar hiasan
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum tercampak ke penghadang jalan.
Kejadian berlaku di kilometer 157 jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran bandar Chukai, Kemaman sekitar jam 6.45 petang Isnin.
Insiden itu menyebabkan mangsa, Abdul Rahman Mohd Azmi, 16, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dari arah Kuantan menuju ke arah Kuala Terengganu.
Sejurus tiba d itempat kejadian motosikal pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2 itu dipercayai terbabas sebelum tercampak ke penghadang jalan.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan, Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hHspital Kemaman untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahman Mohd Azmi
#hilang
#Kemaman
#Kuala Terengganu
#Kuantan
#maut
#maut tercampak
#mayat
#pelajar
#polis
#sekolah
#tercampak motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan