awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon
Iran utamakan diplomasi dalam penyelesaian isu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan enam positif dadah selepas berhibur di Thailand

Bernama
Bernama
01/09/2025
13:00 MYT
Pelajar tingkatan enam positif dadah selepas berhibur di Thailand
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah menahan 23 individu termasuk seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Jitra, selepas pulang bercuti di Thailand, pagi tadi.
BUKIT KAYU HITAM: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah menahan 23 individu termasuk seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Jitra, selepas pulang bercuti di Thailand, pagi tadi.
Pengarahnya Khairul Anwar Ahmad berkata kesemua individu itu ditahan dalam Op Merdeka 2025, bermula 3 petang (Sabtu) hingga 1 tengah hari tadi, di Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.
"Operasi membabitkan tiga pegawai dan 12 anggota untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah ketika orang ramai memasuki negara ini selain membanteras kemasukan dadah melalui sempadan negara.
"Sebanyak 30 kenderaan serta 15 motosikal diperiksa dan sebanyak 31 individu diarahkan menjalani ujian saringan air kencing dan daripada jumlah itu, 23 positif pelbagai jenis dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri 21 lelaki dan dua wanita yang berusia antara 18 hingga 40 tahun, termasuk pelajar tingkatan enam itu bersama pasangannya berusia 25 tahun yang ditahan pada 6 pagi tadi.
AADK-PELAJAR 2 (AKHIR) BUKIT KAYU HITAM
"Selepas ujian air kencing dijalankan, pelajar itu didapati positif ketamin (dipercayai diambil) ketika berhibur di sebuah pusat hiburan, manakala individu lain didapati positif ganja, methamphetamine dan MDMA," katanya.
Khairul Anwar berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut.
Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan yang ditahan pengguna kali pertama yang mencuba dan mengambil dadah di tempat hiburan.
"AADK mencadangkan agar ujian air kencing terus dijalankan kepada pelajar untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah, khususnya di sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AADK Kedah
#tahan pelajar tingkatan enam
#positif dadah
#bercuti di Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan