awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar tingkatan lima SM King George V Seremban maut di kolam renang sekolah

Bernama
Bernama
26/02/2016
23:42 MYT
Pelajar tingkatan lima SM King George V Seremban maut di kolam renang sekolah
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata mangsa yang maut iaitu Muhamad Daniel Abdul Razak, merupakan pelajar Sekolah Menengah King George V. - Gambar fail
Seorang pelajar tingkatan lima dipercayai mati lemas ketika mandi di kolam renang sekolahnya.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata mangsa yang maut iaitu Muhamad Daniel Abdul Razak, merupakan pelajar Sekolah Menengah King George V.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi...pengadu yang merupakan guru sekolah berkenaan ketika itu sedang membuat persiapan hari sukan.
"Bagaimanapun dia telah terlihat kira-kira 12 orang pelajar sedang mandi di kolam itu sebelum mengarahkan mereka naik kerana pelajar tidak dibenarkan mandi tanpa pemantauan guru.
Setelah kesemuanya naik, pengadu lihat mangsa masih berada di dalam kolam dan dipercayai tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Muhamad Zaki berkata berikutan itu pengadu telah meminta pelajar-pelajar lain itu menyelamatkan mangsa.
"Namun setelah dibawa ke darat didapati mangsa masih tidak sedarkan diri dan bantuan pernafasan telah diberikan.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.
Beliau berkata mangsa akan dibedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Topic Berkaitan
#mati lemas
#Muhamad Daniel Abdul Razak
#Muhamad Zaki Harun
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan