awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar trauma jadi mangsa jenayah seksual rakan asrama

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2022
00:10 MYT
Pelajar trauma jadi mangsa jenayah seksual rakan asrama
Rakan asrama sekolah mangsa didakwa memaksanya melakukan seks oral hingga menyebabkan mangsa berusia 14 tahun ketakutan dan trauma. - Gambar hiasan
MELAKA: Polis menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat seorang wanita mendakwa anaknya dipaksa melakukan seks oral oleh rakan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pelajar Tingkatan Dua itu juga didakwa cuba mencederakan diri dengan pisau selepas tertekan dengan tindakan jijik rakan asramanya pada Jumaat lalu.
"Berdasarkan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 37 tahun, kejadian itu terbongkar selepas anak lelakinya kelihatan murung dan cuba mencederakan diri.
'Ibu mangsa mendakwa, rakan asrama sekolah anaknya memaksa mangsa melakukan seks oral hingga menyebabkan mangsa berusia 14 tahun ketakutan dan trauma.
"Mangsa kemudian dibawa keluarganya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
"Bagaimanapun kes masih dalam siasatan kerana kita belum mengambil rakaman percakapan daripada mangsa terbabit yang masih mendapatkan rawatan di hospital," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.
Katanya, setakat ini polis belum menahan mana-mana pelajar disyaki terlibat untuk siasatan.
"Kes diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk siasatan lanjut," ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelajar
#seks oral
#Christopher Patit
#asrama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan