Pelajar universiti yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 4.0 boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut akta dan prosedur universiti, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti-Universiti Awam Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin.
Beliau berkata tindakan yang boleh diambil antaranya digantung pengajian atau dibuang daripada universiti.
"Pelajar sewajarnya mengelak diri mereka diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu atau pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan, sebaliknya menumpu pada pengajian," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pembabitan pelajar universiti dalam perhimpunan itu.
Kementerian Dalam Negeri semalam mengesahkan Bersih 4.0 yang merancang menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada Sabtu dan Ahad ini adalah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.
Kamarudin yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menasihati pelajar supaya merujuk kepada universiti masing-masing untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka jika menyertai demonstrasi jalanan seperti Bersih 4.0.
Katanya pelajar UniMAP sejak awal lagi diingatkan dan dilarang menyertai sebarang demonstrasi yang berunsur politik.
"Jabatan Hal Ehwal Pelajar UniMAP telah diarahkan sentiasa memberi maklumat berkaitan sebarang perhimpunan dan senario yang berlaku dalam negara serta memantau dan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang melanggar akta universiti," katanya.
Bernama
Wed Aug 26 2015
Pelajar universiti yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 4.0 boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut akta dan prosedur universiti. -Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Bersih 4.0: Mahkamah tetapkan 19 Feb untuk keputusan semakan kehakiman
Terdahulu, dalam hujahannya, peguam Edmund Bon yang mewakili Maria memberitahu tiada bukti bahawa baju kuning Bersih 4.0 mampu mengancam ketenteraman awam atau keselamatan negara.
Bersih 4.0: Maria Chin didakwa
Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis berhubung perhimpunan itu.
Sambutan Ambang Merdeka dipindahkan ke Bukit Jalil
Sambutan Ambang Merdeka yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dataran Merdeka dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil.
Bersih 4: Tiada tangkapan, keadaan terkawal - Ketua Polis KL
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, setakat jam 6 petang tiada sebarang insiden berlaku dan tiada penangkapan dilakukan pihaknya.
Tindakan kerajaan melarang pakai baju 'Bersih 4' melucukan - Maria Chin
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri itu menunjukkan betapa terdesaknya kerajaan.
Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota - Shahrizat
Wanita UMNO bimbang perhimpunan Bersih 4.0 bakal mengundang kemarahan warga kota menjelang sambutan hari kemerdekaan.
Bersih 4.0: 'Ketua Pemuda MCA, tarik balik pendirian kamu' - Azwan Bro
Chong Sin Woon diberi kata dua untuk menarik semula kenyataan untuk tidak akan mengambil tindakan kepada mana-mana ahli parti itu yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0.
Salleh ulangi gesaan supaya SKMM pantau laman web
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulangi gesaan supaya SKMM memantau semua laman web yang menyiarkan laporan berita yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Kumpulan Anti Bersih 4.0 batal hasrat berhimpun Sabtu ini
Kumpulan Anti Bersih 4.0 telah membatalkan hasrat untuk berhimpun di sekitar Plaza Low Yat di Jalan Bukit Bintang pada jam 9 pagi Sabtu ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Tiada arahan sekat isyarat komunikasi - Salleh Said
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada syarikat telekomunikasi agar menyekat isyarat komunikasi di kawasan sekitar perhimpunan Bersih 4.0.