awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar, warga kerja IPT perlu manfaat Ramadan sebaik mungkin

Bernama
Bernama
18/04/2022
01:40 MYT
Pelajar, warga kerja IPT perlu manfaat Ramadan sebaik mungkin
Baginda bertitah warga IPT perlu merancang jadual kerja supaya amalan yang dilaksanakan mendapat keberkatan tersendiri. - Foto fail/BERNAMA
ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar pelajar dan warga kerja institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini memanfaatkan bulan Ramadan dengan merancang masa sebaik mungkin.
Baginda bertitah warga IPT perlu merancang jadual kerja supaya amalan yang dilaksanakan mendapat keberkatan tersendiri.
"Tingkatkan semangat dalam bekerja sebagaimana kita bersemangat untuk bersedekah dan beramal bagi mencari keberkatan dalam rezeki yang diperoleh," titah baginda pada Majlis Iftar Perdana IPT Perlis di Dewan Ilmu Kampus UniMAP di sini malam tadi.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Turut berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata, setiap IPT di Perlis harus menggunakan bidang kepakaran masing-masing bagi membangunkan masyarakat setempat berdasarkan pendekatan inovasi.
Beliau berkata UniMAP mengalu-alukan IPT dan agensi di negeri ini dalam sebarang bentuk kerjasama dengan universiti itu dalam berkongsi kepakaran bagi membantu dalam aspek pembangunan masyarakat.
"Sebagai contoh, Projek Diraja Kampung Warna-warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai di Kuala Perlis yang dimulakan sejak Dis 2020 adalah hasil kerjasama pelbagai agensi, institusi pendidikan, badan berunifom, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan yang didokongi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar
#IPT
#Ramadan
#Tuanku Syed Sirajuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan