awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Australia belum kembalikan anak kepada bekas pasangan

Bernama
Bernama
29/12/2015
13:18 MYT
Pelakon Australia belum kembalikan anak kepada bekas pasangan
Eliza Szonert dilapor melarikan kanak-kanak itu daripada Crick di sebuah pusat beli-belah di sini pada 10 Dis lepas. - Foto Fail
Pelakon Australia Eliza Szonert belum menyerahkan kembali anak lelakinya kepada bekas pasangannya Ashley Crick, walaupun lelaki itu mendapat hak penjagaan penuh terhadap kanak-kanak berkenaan.
Peguam yang mewakili Crick, 43, hari ini berkata berdasarkan perintah sebuah mahkamah Australia yang dikeluarkan pada 24 Disember lepas, anak guamnya yang tinggal di Mont Kiara di sini memperoleh hak penjagaan penuh terhadap kanak-kanak itu.
Peguam M.V. Kumar hari ini memberitahu Bernama bahawa perintah itu mewajibkan Szonert, 41, menyerahkan kanak-kanak berkenaan kepada Crick, tetapi wanita itu tidak berbuat demikian.
"Menurut Crick, wanita itu enggan menjawab panggilannya dan ini menjadikan beliau semakin tidak keruan.
"Crick memberitahu saya beliau sedih kerana tidak dapat menyambut Krismas dengan anak lelakinya itu selain ulang tahun kelahirannya yang ketujuh hari ini," kata Kumar.
Peguam itu berkata anak guamnya telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers pada Sabtu lepas.
Szonert dilapor melarikan kanak-kanak itu daripada Crick di sebuah pusat beli-belah di sini pada 10 Disember lepas.
Dia ditahan pada 21 Disember selepas Crick membuat laporan polis tetapi dibebaskan pada 23 Disember.
Topic Berkaitan
#ashley crick
#eliza szonert
#Kanak-kanak
#m.v. kumar
#pelakon ausralia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan