awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon ditahan miliki dadah bukan anggota TUDM

Bernama
Bernama
13/10/2021
12:23 MYT
Pelakon ditahan miliki dadah bukan anggota TUDM
TUDM memaklumkan kekeliruan berlaku apabila beberapa pihak menggunakan gambar pelakon lelaki terbabit yang berpakaian seperti juruterbang pasukan itu. - Gambar/ Bernama/ Ihsan pembaca
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjelaskan pelakon yang ditahan kerana memiliki dadah di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini bukan anggota pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan kekeliruan berlaku apabila beberapa media, penulis blog dan pengguna media sosial menggunakan gambar pelakon lelaki terbabit yang berpakaian seperti juruterbang pasukan itu.
"Gambar pelakon tersebut adalah semasa dia memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk 'Gempur Wira' yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2018.
Miliki Dadah | Pelakon, pengarah, penolong pengarah mengaku salah
BACA: Pelakon, pengarah mengaku salah miliki dadah
TUDM amat kesal dengan tindakan penggunaan gambar artis berkenaan yang berpakaian juruterbang TUDM di dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah sehingga memberikan kesan negatif serta mencalarkan imej pasukan," menurut kenyataan itu hari ini.
TUDM turut meminta pengamal media, penulis blog dan pengguna media sosial untuk tidak melibatkan pelakon tersebut dengan pasukan itu dan membuat pembetulan terhadap artikel yang telah dikeluarkan.
Ahad lepas, seorang pelakon lelaki berusia 28 tahun antara tiga lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah menerusi serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak.
Ketiga-tiga mereka yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar semalam mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dan methamphetamine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelakon
#Dadah
#TUDM
#Gempur Wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan