LOGAN Williams yang memegang watak Barry Allen ketika muda dalam siri "The Flash" meninggal dunia pada usia 16 tahun.
Bintang yang sedang meningkat naik itu muncul dalam lapan episod dalam musim pertama siri adi wira tersebut.
Ibu Logan, Marlyse Williams mengesahkan berita pemergian anaknya pada Khamis lalu namun tidak menyatakan sebab kematian.
Pelakon utama "The Flash" Grant Gustin melalui akaun Instagram mengucapkan takziah di atas pemergian Logan.
“Saya baru dapat berita menyedihkan Logan Williams meninggal dunia secara tiba-tiba.
"Gambar ini dirakam pada awal penggambaran episod pertama 'The Flash' pada 2014.
"Saya amat kagum dengan bukan sahaja bakat yang ada pada Logan, tetapi juga professionalismenya di set.
"Ingatan dan doa saya dititipkan buat mendiang dan keluarga dalam suasana yang pastinya amat sukar buat mereka," tulis Gustin.
BACA: 'The Flash' bertunang gadis kacukan Kadazan Sabah, netizen terlebih teruja
BACA: Bintang siri TV 'The Flash' bakal kahwini wanita Kadazan
BACA: Pelakon The Flash belajar sebut "jangan kacau"
Williams dilahirkan pada 9 April 2003 di Vancouver, Kanada.
Selain The Flash, mendiang turut membintangi drama 'When Calls the Heart' sebagai Miles Montgomery.
Astro Awani
Fri Apr 03 2020
Logan Williams yang memegang watak Barry Allen ketika muda dalam siri The Flash meninggal dunia pada usia 16 tahun. -IMDB
Tun Mohd Ali angkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka
Tun Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini.
Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM
Malaysia memerlukan reformasi sistem persaraan, kerana kita kini merupakan negara menua (ageing nation).
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi AS dilihat menyokong mata wang tempatan.
Kes pecah Amanah Najib, Irwan Serigar: Mahkamah beri masa 2 minggu
Hakim membenarkannya selepas Kumaraendra yang mewakili Mohd Irwan memaklumkan, terdapat 100 dokumen belum diserahkan kepada pihak pembelaan.
Bekas Ketua Perangkawan Datuk Shaari Abdul Rahman meninggal dunia
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gajah 11, Sungai Buloh, Selangor hari ini.
ISWC 2024: Mengimbangi keselesaan masa kini demi keselamatan masa depan
Pengurus Kanan, Jabatan Polisi & Strategi, KWSP, Farizan Kamaluddin membincangkan berkenaan keselesaan masa kini yang meliputi pilihan kerjaya di sebalik cabaran ekonomi yang tiada noktahnya.
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.
Kembangkan perniagaan, Jakel komited labur RM1 bilion tahun ini dan banyak lagi tahun depan
Menurut Muhammad Ashraf, infrastruktur digital adalah komponen utama dalam strategi kepelbagaian kumpulan Jakel sekarang.
Ciri Recall pada Windows dikatakan mempunyai risiko sekuriti serius
Katanya, maklumat yang dikesan pada tangkapan layar oleh Recall disimpan di komputer dalam bentuk pangkalan data SQLite yang tidak disulitkan.
Pelakon 'The Flash' meninggal dunia
Ibu Logan, Marlyse Williams mengesahkan berita pemergian anaknya pada Khamis lalu namun tidak menyatakan sebab kematian.
'The Flash' bertunang gadis kacukan Kadazan Sabah, netizen terlebih teruja
Gadis kelahiran Sabah menjadi pilihan buah hati pelakon popular Thomas Grant Gustin yang dikenali menerusi watak Barry Allen dalam siri The Flash dan Arrow.