awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia

Bernama
Bernama
16/02/2013
11:19 MYT
Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia
Pelakon veteran Kuswadinata atau nama sebenar Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini Sabtu akibat kanser usus dan sakit buah pinggang.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi berkata Kuswadinata meninggal dunia kira-kira 5 petang dan jenazah akan dibawa pulang ke alamat No.7, Jalan Rasmi 1, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.
Jenazah dijangka dimandi sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 8 pagi Ahad, katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham meninggalkan balu Kamariah Mohd Said, 57, serta empat anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25, dan Rizal, 23.
Anak kelahiran Singapura itu memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.
Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.
Topic Berkaitan
#Kuswadi Bujang
#Kuswadinata
#pelakon veteran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan