awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan Akta 723 tidak bertujuan jejas operasi pengamal perubatan swasta

Bernama
Bernama
06/05/2025
20:15 MYT
Pelaksanaan Akta 723 tidak bertujuan jejas operasi pengamal perubatan swasta
KKM sentiasa mengamalkan pendekatan terbuka dan inklusif serta sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan telah dan akan terus diadakan bagi memastikan pelaksanaan yang seimbang dan tidak membebankan mana-mana pihak.
PUTRAJAYA: Pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) tidak bertujuan menekan atau menjejaskan operasi pengamal perubatan swasta (GP), menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, ia sebaliknya langkah ke arah mewujudkan sistem kesihatan lebih telus, adil dan mampan, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
"KKM mengambil maklum mengenai perhimpunan aman oleh kumpulan pengamal perubatan swasta yang diadakan pagi ini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum membantah pelaksanaan Akta 723 berkaitan penandaan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti.
"Kami sentiasa mengamalkan pendekatan terbuka dan inklusif serta sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan telah dan akan terus diadakan bagi memastikan pelaksanaan yang seimbang dan tidak membebankan mana-mana pihak," menurut KKM.
Pihak KKM bersedia meneliti kandungan memorandum yang dikemukakan dan mempertimbangkan sebarang penambahbaikan dasar berdasarkan bukti dan data semasa.
"Keutamaan KKM adalah untuk memastikan akses kepada ubat-ubatan yang munasabah dan mampu milik serta memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap sistem kesihatan negara," menurut kenyataan itu.
Pada 30 April, KKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam kenyataan bersama memaklumkan Inisiatif Penandaan Harga Ubat di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti akan berkuat kuasa 1 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Harga
#akta 723
#KKM
#pengamal perubatan swasta
#sistem kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan