awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan apung harga ayam, telur diumum 30 Oktober

Sinar Harian
Sinar Harian
19/10/2023
09:24 MYT
Pelaksanaan apung harga ayam, telur diumum 30 Oktober
Langkah pengapungan berkenaan dibuat selepas kerajaan mendapati bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil, kata Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan apungan harga ayam dan telur akan diumumkan pada 30 Oktober ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini, perincian apungan harga barangan keperluan itu sedang dibincangkan.
"Perkara tersebut dibincangkan bersama dengan industri iaitu mereka yang mengeluarkan telur dan ayam.
"Pihak Ketua Setiausaha (KSU) kita sedang memainkan peranan supaya harga nanti tidak naik begitu mendadak," katanya selepas perasmian Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023, di sini pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat dalam pembentangan Belanjawan 2024 menyatakan kerajaan akan mempertimbang harga ayam dan telur di pasaran diapungkan berdasar harga yang lebih rendah daripada harga apungan pasaran.
Beliau berkata, langkah pengapungan berkenaan dibuat selepas kerajaan mendapati bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.
Tambah Mohamad Sabu, pihaknya tidak dapat menjangka sama ada apungan harga ayam dan telur itu bagi tempoh masa panjang atau pendek namun bergantung keadaan ekonomi.
"Biarlah pasaran yang menentukan. Kita tak boleh jamin sampai bila sebab tak tahu suasana dunia sekarang ekoran perubahan cuaca yang ketara," ujarnya.
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#apungan harga ayam dan telur
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan