Pelaksanaan gaji minimum mengikut sektor hanya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.
Beliau berkata mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, kajian semula mengenai gaji minimum harus dilakukan setiap dua tahun.
"Banyak orang tidak faham tentang hal gaji, ia ditentukan oleh satu jawatankuasa (Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara), menteri tidak ada kuasa.
"Sebelum pelaksanaan gaji minimum RM1,100 semua aspek perbincangan sudah diadakan, tetapi mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ia akan dikaji semula dan pelaksanaannya bukan sekarang," katanya.
Isnin lepas, media melaporkan kerajaan akan mengkaji semula kadar gaji minimum mengikut sektor pekerjaan.
Dalam laporan itu, Kula Segaran dipetik sebagai mengambil contoh kadar gaji minimum di Sabah secara umumnya sebelum ini dinaikkan kepada RM1,100 daripada RM920 yang dilihat menimbulkan rungutan majikan di negeri itu.
Kula Segaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata buat masa ini menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana majikan enggan atau membayar gaji kurang daripada RM1,100.
Pada program yang dihadiri lebih 300 pelajar itu, Kula Segaran menerangkan bahawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mempunyai peluang pekerjaan yang cerah pada masa hadapan termasuk dalam bidang perfileman.
"Sebelum ini saya telah berjumpa dengan pelakon terkenal filem Tamil dari India, Kamal Hassan yang menyatakan kepada saya bahawa India kurang mempunyai pekerja mahir teknikal dalam bidang perfileman.
"Dia menyatakan bahawa mungkin kita boleh mengadakan institusi teknikal untuk mengajar, supaya mereka (penggiat filem India) boleh membuat lebih banyak pengambaran filem di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2019
Kula Segaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata buat masa ini menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana majikan enggan atau membayar gaji kurang daripada RM1,100.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Pelaksanaan gaji minimum ikut sektor bukan sekarang
Pelaksanaan gaji minimum mengikut sektor hanya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.