KUALA LUMPUR:Aktivis sosial dan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye meminta kerajaan supaya melaksanakan penyediaan laluan khusus untuk motosikal di jalan raya, khusus bagi usaha menyelamatkan nyawa ribuan penunggang dan pembonceng motosikal di seluruh negara.
Beliau berkata walaupun kerajaan wajar diberi pujian terhadap inisiatif meminda Akta dengan memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan, namun perhatian tidak diberikan kepada isu besar berkaitan keselamatan jalan raya, yakni yang melibatkan penunggang motosikal.
"Ia melibatkan keselamatan penunggang motosikal iaitu kategori pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada kemalangan maut dan dari tahun ke tahun telah mengorbankan ribuan nyawa rakyat Malaysia yang sebahagian besar adalah golongan belia," katanya dalam satu kenyataan.
Lee mencadangkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 yang akan bermula tahun depan, penyediaan laluan motosikal berasingan seperti yang terdapat di sebahagian lebuh raya dan jalan raya di negara ini terutamanya di kawasan pusat bandar, boleh dilaksanakan.
"Contoh terbaik laluan yang dapat menyelamatkan nyawa ialah seperti di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dari Petaling Jaya ke Shah Alam hingga ke Klang. Lebuhraya Persekutuan adalah salah satu laluan trafik paling sibuk setiap masa, namun berdasarkan statistik, purata hanya sekitar dua kemalangan maut melibatkan motosikal direkodkan setiap tahun," tambah beliau.
Antara langkah pencegahan kedua untuk menyelamatkan nyawa, beliau berkata undang-undang juga perlu digubal untuk mengurangkan had laju motosikal kerana terdapat penunggang yang menunggang sesuka hati dengan kelajuan melebihi had tanpa dikenakan apa-apa tindakan.
"Sebagai langkah awal bagi mengurangkan perbelanjaan besar untuk menyediakan laluan motosikal berasingan di seluruh negara, pihak berkuasa seperti Kementerian Pengangkutan dan polis perlu memastikan penunggang motosikal hanya menunggang di lorong sebelah kiri lebuh raya dan jalan raya dengan dua garisan selari memisahkan mereka dengan kenderaan yang lain," katanya.
Lee berkata dengan cara itu, kenderaan dua roda dilarang menunggang di lorong paling laju dan bersaing dengan kenderaan lebih besar yang menjurus kepada kematian yang mengerikan dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.
Beliau berpendapat pendekatan ini akan menjadi pelopor kepada pelaksanaan menyeluruh laluan berasingan itu.
"Ikatan Komuniti Selamat melihat langkah-langkah ini sebagai tindakan yang boleh dilaksanakan, praktikal dan sudah pastinya, bukanlah sesuatu yang perlu penyelidikan mendalam mengenai kebaikan dan keburukannya.
"Lebih penting lagi, kerajaan perlu melaksana program ini kerana peningkatan mendadak jumlah penunggang motosikal di jalan raya, ditambah lagi dengan populariti perkhimatan penghantaran makanan seperti Grab Food, Food Panda dan lain-lain," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 01 2020
Lee mencadangkan di bawah RMK-12, penyediaan laluan motosikal berasingan terutamanya di kawasan pusat bandar, boleh dilaksanakan. - Gambar fail
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan
Ikatan menggesa kerajaan agar menunjukkan keazaman politik yang kukuh dalam langkah keseluruhan keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi
Kenaikan gaji penjawat awam perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara kerana ia memainkan peranan penting bagi menentukan kecukupan gaji mereka.
Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.
Cadangan penubuhan badan bebas siasat agensi penguat kuasa kembalikan keyakinan rakyat - Pakar
Kewujudan badan bebas berkenaan berkait dengan isu keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian kepada setiap aduan yang dibuat mereka.
'Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'.
Pembentukan kerajaan baharu perlu berteras Rukun Negara - Lee Lam Thye
Pembentukan kerajaan yang baharu seharusnya berprinsipkan kepada lima asas Rukun Negara yang mengandungi teras dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.
PM disaran pegang portfolio Menteri Perpaduan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar memegang portfolio Menteri Perpaduan bagi memperkasakan masyarakat di bawah pemerintahan kerajaan baharu.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
PRU15: Wakil rakyat perlu bersedia khidmat sepenuh masa - Lee Lam Thye
Parti politik juga tidak boleh lepas tangan dan harus mengambil tanggungjawab terhadap prestasi wakil mereka.