BAGAN DATUK: Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Jawatankuasa Majlis TVET Negara yang dipengerusikannya telah menyelaraskan program berkenaan agar tidak berlaku pertindihan peranan.
"Biarlah ia berjalan mengikut acuan sekarang. Tidak perlu dikurangkan, di bawah KKDW khususnya di bawah MARA, kebolehpasaran graduan TVET semakin meningkat.
"Kita juga ada MTUN (Jaringan Universiti Teknikal Malaysia) yang memastikan kursus-kursus ditawarkan sentiasa memenuhi kehendak pasaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.
Baru-baru ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) bagi Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan Program TVET yang dikendalikan oleh 12 kementerian dan agensi kerajaan dihadkan kepada tiga sahaja.
Pengerusinya Saifuddin Abdullah berkata 12 kementerian dan agensi untuk menjaga TVET terlalu banyak dan akan menimbulkan pelbagai isu termasuk tidak semua institusi itu menggunakan akreditasi yang ditentukan oleh Majlis TVET Kebangsaan.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata bagi kemasukan ke 1,334 institusi TVET, permohonan kini boleh dibuat secara dalam talian tunggal iaitu melalui Unit Pengambilan TVET atau UPTVET.
Beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bahawa permohonan ke Kolej Vokasional adalah dua kali ganda berbanding sebelum ini menandakan ibu bapa mula memilih TVET untuk pelanjutan pelajaran anak-anak mereka.
"Terkini 94.5 peratus graduan TVET ini berjaya mendapat pekerjaan. Bidang-bidang ini menawarkan gaji premium untuk graduan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
Ahmad Zahid berucap pada perasmian berkelompok persidangan tahunan UMNO cawangan-cawangan empat peringkat dalam bahagian Bagan Datuk tahun 2024 di Kompleks UMNO Bagan Datuk hari ini. - Foto Bernama
Harga petrol, diesel kekal hingga 5 Jun
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 30 Mei hingga 5 Jun ini.
TPM Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas PM China, Li Qiang
Ahmad Zahid mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing.
NSS jadikan Malaysia juara kuasa ketiga industri semikonduktor dunia – Tengku Zafrul
Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) akan memposisikan Malaysia sebagai juara kuasa ketiga dan membolehkan kolaborasi bernilai tinggi dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1Malaysia Development Berhad berjumlah US$681 juta yang difailkan terhadapnya dan beberapa yang lain, ditolak.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lubnan, Global Royalty Trading Sal terhadapnya berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.
Reels test 2
20 ahli geng TR dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lalu.
Laporan penuh nahas helikopter diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.