NILAI: Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik manakala proses pendaftaran yang baharu akan dipercepatkan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata untuk proses permohonan baharu pula, peniaga boleh terus layari ke portal menurahmah.kpdn.gov.my untuk dan pihaknya akan terus mengeluarkan kad diskaun tersebut.
Fuziah berkata proses pendaftaran itu sebelum ini menjadi lambat kerana terdapat syarat naziran yang agak kompleks untuk peniaga-peniaga mendaftar permohonan kad diskaun tersebut.
"Kami di KPDN akan bantu sebaik mungkin sebab sebelum ini, kita dapat laporan bahawa ramai pengusaha Menu Rahmah ada sedikit kesukaran untuk mengawal harga RM5 itu sebab kita pun faham bahawa dalam keadaan dimana barang import seperti bawang dan sebagainya itu telah naik, ia agak susah bagi mereka untuk kawal kos barang mentah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi penyerahan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah di Nilai pada Rabu.
Tambahnya, bantuan ini merupakan satu cara KPDN membantu pengusaha dalam usaha mereka untuk turut membantu rakyat dan dalam inisiatif ini sendiri, terdapat tujuh rakan strategik yang membolehkan peniaga untuk memakai kad diskaun ini untuk membeli barang-barang asas keperluan untuk mereka berniaga.
Antaranya ialah seperti Mydin, Econsave, NSK, AEON Big, Giant, Lotus's dan Segi Fresh dan mereka yang memiliki kad ini boleh mendapat sehingga 40 peratus potongan bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.
"KPDN juga berhasrat kalau boleh satu premis itu satu Menu Rahmah. Kalau dia tawarkan 10 menu, kita mengalakkan mereka tawar satu Menu Rahmah," ujarnya lagi.
Dalam nada yang sama, beliau juga mengakui bahawa terdapat kegusaran untuk mengekalkan Menu Rahmah ini untuk jangka masa yang panjang namun begitu, sambutan yang hebat daripada peniaga-peniaga membuatkan inisiatif itu kekal sehingga kini.
"Pada mulanya saya ingat sewaktu kita melancarkan Menu Rahmah pada 31 Januari 2023, saya dengan arwah Salahuddin Ayub ketika itu, kita pun agak tak yakin berapa lama kita boleh bertahan ketika itu, kita kata dapat tiga bulan pun kira Alhamdulillah dapat enam bulan pun Alhamdulilah.
"Namun saya dapati, kita dapat bertahan agak lama sebenarnya kerana ramai di luar sana seperti peniaga-peniaga yang ingin berkongsi rezeki," katanya.
Namun begitu, tambah Fuziah, terdapat juga kekangan yang di luar kawalan pihaknya sendiri seperti contohnya, peperangan di negara lain yang sekali gus melibatkan kos barang mentah.
"Sebab itu kita berusaha ke arah kad diskaun ini dan kita sudah lancarkan pada Nov 2 tahun lepas cepat juga kita bertindak mengatasi keadaan faktor luaran yang saya katakan tadi," jelasnya.
Pia Ernadya
Wed May 29 2024

Fuziah menyerahkan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH kepada peniaga Suzana Hanum Ibrahim di Taman Desa Anggerik hari ini. - Foto Bernama

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

KPDN perkukuh kerjasama dengan kerajaan Sarawak, agensi penguat kuasa
KPDN memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta agensi penguat kuasa bagi menangani isu ketirisan diesel di negeri itu.

Ops Gasak: KPDN kesan 52 kes penyelewengan LPG oleh pihak industri
KPDN mengesan 52 kes melibatkan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) oleh pihak industri sejak Ops Gasak dilancarkan pada 1 Mei lepas.

Pemilihan PKR: Lebih 9,000 terlibat pengundian fizikal, 20,000 dalam talian
Lebih 9,000 perwakilan dijangka terlibat dalam pengundian secara fizikal pemilihan kepimpinan pusat PKR untuk sesi 2025-2028, minggu hadapan.

Keputusan pemilihan cabang PKR 2025 disahkan, dimuktamadkan MPP - Fuziah
Keputusan Pemilihan PKR 2025 bagi semua 220 Cabang di seluruh negara yang selesai baru-baru ini telah disahkan dan dimuktamadkan MPP.

KPDN terima 1,478 aduan dalam tempoh empat hari pelaksanaan SHMMP
Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh berkata antara aduan diterima melibatkan kes jualan barangan melebihi harga maksimum dan tidak meletakkan tanda harga.

Tiada kenaikan harga secara melampau dikesan di bazar Ramadan - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mengesan sebarang kenaikan harga makanan secara melampau di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi menerusi pindaan perlembagaan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.