awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaksanaan TRIS tidak ubah polisi terhadap pelarian - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/07/2022
10:28 MYT
Pelaksanaan TRIS tidak ubah polisi terhadap pelarian - Hamzah
Hamzah pada Sabtu ketika mengumumkan pelaksanaan program itu, berkata, menerusinya semua pemegang kad UNHCR perlu didaftarkan semula ke dalam sistem berkenaan. - BERNAMA
LARUT: Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengesanan Pelarian (TRIS) tidak akan mengubah polisi kerajaan terhadap kedudukan pelarian di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, program itu bertujuan mengumpul maklumat pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini.
"Polisi-polisi yang sama, cuma polisi bagaimana nak lihat kedudukan pelarian yang ada dalam dalam negara kita. Itu sahaja, yang lain tu kita tak nak ubah.
"Sebab itu saya cakap tidak perlu cakap lagi, kita tengok dulu, jangan pre-empt apa yang kita nak lakukan sebab maklum sajalah bila kita tak bersedia, kita pre-empt dulu, orang datang ramai-ramai, menyusahkan kita," katanya.
Beliau ditemui selepas menutup program jelajah Kita Demi Negara di Astaka Batu Kurau, Perak, pada Ahad.
Pada Sabtu, ketika mengumumkan pelaksanaan program itu, beliau berkata, menerusinya, semua pemegang kad UNHCR perlu didaftarkan semula ke dalam sistem berkenaan.
Menurutnya, Kabinet pada Jumaat telah meluluskan program TRIS yang akan dijalankan sebuah syarikat, selepas percubaan mengenainya telah dilakukan beberapa tahun yang lalu.
Dianggarkan terdapat hampir 180,000 pemegang kad UNHCR di negara ini.
Topic Berkaitan
#TRIS
#pelarian
#Hamzah Zainudin
#UNHCR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan