Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah diterima dan diluluskan oleh Kabinet hari ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata laporan tersebut seterusnya akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat.
Beliau mengumumkan demikian pada majlis jamuam malam sempena ulang tahun ke-21 dan kempen rayuan derma tabung pembinaan bangunan Huazong, di sini.
Turut hadir presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah, Duta Besar China ke Malaysia Datuk Chai Xi, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan pengasas Sunway Group yang juga wakil penaung bangunan Huazong Tan Sri Dr Jeffrey Chuah.
Pada September tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.
Antara yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa, memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan meminggirkan sekolah aliran Cina adalah tidak benar sama sekali.
"Komitmen kerajaan adalah untuk memastikan mutu pendidikan di semua sekolah dapat ditingkatkan termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
"Oleh sebab itu, Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta khusus membiayai pembangunan dan penyelenggaraan sekolah jenis kebangsaan Cina dan ianya diteruskan dalam Belanjawan 2013," katanya.
Bernama
Wed Jan 30 2013
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Pelan Pembangunan Pendidikan diluluskan kabinet
Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah diterima dan diluluskan oleh Kabinet hari ini.