INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) berbangga dengan kejayaan sedekad Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2022 yang dilancarkan semalam (22 Ogos 2023), merekodkan kejayaan cemerlang pelan induk pendidikan tersebut sejak pelaksanaannya pada tahun 2013.
Perjalanan pelaksanaan pelan pembangunan tersebut yang terkandung dalam laporan tahunan terkini dan Gallery Walk mencerminkan kecekalan dan inovasi mampan yang boleh menjadi ikutan dalam mengatasi segala bentuk rintangan dan halangan. Penilaian setiap laporan tahunan dari tahun 2013 hingga 2022 jelas
membuktikan 10 tahun pelaksanaan PPPM telah menghasilkan kejayan yang cukup bermakna sejak pelancarannya oleh mantan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September, 2013.
Tan Sri Muhyiddin sewaktu melancarkan PPPM menyifatkan pelan pembangunan tersebut sebagai manifestasi transformasi kerajaan paling komprehensif dalam melahirkan modal insan terbaik ke arah memacu aspirasi pembangunan negara.
MASA ingin merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama tidak berbelah-bahagi pelbagai pihak berkepentingan, termasuk masyarakat umum, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan badan-badan korporat, yang telah memainkan peranan penting dalam transformasi pendidikan negara. Namun penghargaan tertinggi tentulah wajar diberikan kepada warga pendidikan di semua peringkat kementerian, jabatan dan pejabat pendidikan, khususnya di sekolah seluruh negara. Ternyata, sumbangan kolektif mereka telah mengukuhkan kejayaan menyeluruh pelan pembangunan tersebut.
Dalam saat kita meraikan kejayaan ini, jangan sesekali kita melupakan peranan penting yang telah dimainkan oleh Tan Sri Muhyiddin, yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia Kelapan. Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 2009 hingga 2015, dan kepimpinannya yang cemerlang dan berwawasan jelas terbukti melalui penyediaan kerangka pembangunan pendidikan asas yang transformatif ini. Jelas, dedikasi dan komitmen Tan Sri Muhyiddin telah membuka jalan kepada penghasilan rancangan komprehensif ini yang telah menyaksikan kejayaan transformasi pendidikan sepanjang sedekad lalu.
Laporan Tahunan 2022, yang dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor, memaparkan pencapaian pelan pembangunan ini menerusi pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan, di samping kejayaan dan peningkatan prestasi pelajar, penyempurnaan latihan guru hinggalah kelancaran perjalanan integrasi teknologi di dalam bilik darjah. Impak pelan pembangunan ini boleh dirasai dalam setiap aspek pendidikan merentas semua peringkat.
PPPM telah mengorak langkah berwawasan bagi negara kita dalam mengukuhkan aksesibiliti dan kualiti, kesaksamaan, perpaduan serta kecekapan dalam pendidikan.
Pelan induk pendidikan ini telah menggariskan trajektori luar biasa untuk sektor pendidikan Malaysia, sekali gus membentuk masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang.
Di saat kita melangkah ke tahun seterusnya, MASA komited untuk meneruskan legasi kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin. Melalui kerjasama dan inovasi berterusan, kita yakin bahawa asas dan visi yang diilhamkan oleh Tan Sri Muhyiddin akan membawa kita ke arah landskap pendidikan yang lebih bermakna dan berimpak
tinggi.
Kenyataan media ini dikeluarkan oleh:
AZRIL MOHD AMIN
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Masa Depan Malaysia (MASA)
Kenyataan Media
Wed Aug 23 2023
MASA merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama tidak berbelah-bahagi pelbagai pihak berkepentingan yang telah memainkan peranan penting dalam transformasi pendidikan negara. - Gambar hiasan
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia cerminan kejayaan setiap peringkat pendidikan
MASA berbangga dengan kejayaan sedekad Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Jumlah akaun SSPN-i Plus meningkat - Dasuki
Ia membuktikan skim ini semakin menjadi pilihan sebagai pelan simpanan pendidikan utama ibu bapa, bagi perancangan kewangan anak-anak.