awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dijangka siap hujung tahun ini - Zambry

Bernama
Bernama
11/07/2024
21:10 MYT
Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 dijangka siap hujung tahun ini - Zambry
Zambry ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 di WTC Kuala Lumpur, 11 Julai 2024. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 sedang dirangka dan akan siap hujung tahun ini, bagi menggantikan PPPTM 2015-2025 yang tamat tahun hadapan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata pelan baharu itu mencorakkan hala tuju pendidikan tinggi negara selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi tempoh 10 tahun akan datang.
"Dengan keperluan dunia digital dan pendidikan berasaskan industri, maka kita perlu membuat persiapan awal dalam menentukan hala tuju pendidikan tinggi negara bagi 10 tahun akan datang.
"Jadi kita perlu lihat bagaimana hendak menjadikannya (pendidikan tinggi negara) lebih anjal dalam pelbagai aspek," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penasihat PPPTM 2026-2035 di sini semalam.
Zambry berkata pihaknya sedang mengadakan beberapa siri libat urus bersama pemegang taruh dan kumpulan sasar dalam memformulasi PPPTM 2026-2035 bagi memastikan dokumen tersebut komprehensif dan inklusif.
Mengulas mengenai mesyuarat semalam, beliau berkata sekumpulan pakar telah memberi pandangan serta membentangkan gambaran ringkas mengenai strategi, keperluan dan cabaran yang perlu digariskan dalam PPPTM 2026-2035.
Beliau berkata orang ramai juga boleh menyumbang idea dan pandangan mengenai penghasilan PPPTM 2026-2035 melalui tinjauan nasional yang sedang dilaksanakan KPT.
Tinjauan tersebut boleh diakses melalui pautan https://forms.gle/fG3JpxF4zSWk4uEh7.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPPTM
#Zambry Abdul Kadir
#hala tuju pendidikan tinggi negara
#PPPTM 2026-2035
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan