KOTA MARUDU: Sudah tiba masanya setiap pelan pembangunan dirancang di Sabah khususnya di Kota Marudu mengambil kira elemen mitigasi banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Bercakap kepada Bernama, Ongkili berkata perancangan pembangunan baik dan mampan perlu dititikberatkan dalam usaha mengurangkan risiko serta impak banjir, yang saban tahun melanda setiap daerah mahupun bandar di negeri itu.
"Dari segi pelan (pembangunan) sememangnya bukan senang, tetapi perancangan yang baik boleh membantu mengurangkan impak dan implikasi (banjir). Ini termasuk dari segi perparitan, bekalan air dan bekalan elektrik, kesemua ini perlu ada koordinasi lebih erat.
"Bukan lagi sembarangan punya perancangan, (sebaliknya) perlu (menerapkan) data dan kajian saintifik selain maklumat tepat (daripada setiap jabatan dan agensi kerajaan berkaitan)," katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Ranau di sini, hari ini.
BACA: Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa
BACA: Banjir Sabah: Jumlah mangsa banjir sedikit menurun, satu PPS ditutup
SK Ranau yang menempatkan 565 mangsa daripada 201 keluarga merupakan antara 13 PPS beroperasi di Kota Marudu, daerah paling terjejas banjir susulan hujan berterusan sejak Jumaat lepas.
Secara keseluruhannya, Sabah merekodkan seramai 3,329 mangsa banjir melibatkan 1,231 keluarga setakat 3 petang, menurun berbanding 3,398 daripada 1,236 keluarga tengah hari tadi.
Selain Kota Marudu, lima daerah lain di Sabah turut terjejas banjir iaitu Pitas; Paitan; Telupid; Beluran dan Sandakan.
Mengulas lanjut, Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata banjir di kawasan itu berlaku susulan taburan hujan melebihi paras biasa antara 40 hingga 50 milimeter sehari kepada 200 milimeter sehari menyebabkan air di beberapa sungai di daerah berkenaan naik dan melebihi paras bahaya.
Ongkili berkata kerjasama erat antara semua jabatan dan agensi kerajaan di Sabah amat penting sebagai usaha memastikan pengurusan banjir lebih efisien termasuk dalam operasi menyelamat serta menyediakan keperluan mangsa ditempatkan di setiap PPS.
Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar daerah ini pada sebelah pagi dan petang mendapati keadaan cuaca masih tidak menentu dengan hujan sekejap-sekejap.
Beberapa kampung di sekitar daerah terletak di utara Sabah, kira-kira 122 kilometer dari Kota Kinabalu itu, masih digenangi air, manakala ada sebahagian penduduk di beberapa kampung sudah mulai membersihkan rumah berikutan keadaan banjir semakin pulih dan air mulai surut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Sementara itu, tinjauan di sekitar daerah ini pada sebelah pagi dan petang mendapati keadaan cuaca masih tidak menentu dengan hujan sekejap-sekejap.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Banjir di Sabah pulih sepenuhnya
Bencana banjir yang berlaku di daerah Beaufort sejak Jumaat lepas pulih sepenuhnya, dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu telah ditutup pada tengah hari tadi.
65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah
Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.
Beberapa kawasan di Lumadan banjir, tiada PPS dibuka - Ruslan
Setakat ini tiada lagi PPS yang dibuka memandangkan air telah mula surut sekitar pukul 5 petang tadi.
Lelaki maut dihanyutkan arus deras bersama kenderaan
Seorang lelaki berumur 26 tahun ditemukan maut dalam kenderaannya hari ini selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Jambatan Sungai Mamanjang 50 kilometer (km) dari sini.
Banjir Sabah: Semua PPS di Pitas ditutup
Penutupan melibatkan dua PPS terakhir iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.
Banjir: Seorang daripada 2 lelaki hilang ditemui maut
Seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan hilang dalam bencana banjir pada Jumaat lepas di kawasan berasingan di Paitan, kira-kira 190 kilometer dari sini, ditemukan maut.
69 mangsa banjir di dua PPS Sabah
Sebanyak 39 kawasan di Kota Belud dan 10 kawasan di Sipitang masih terjejas akibat banjir.