awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Pemulihan Negara: Usaha proaktif kerajaan jamin kemampanan negara dan kesejahteraan rakyat - Pemuda PN

Kenyataan Media
Kenyataan Media
15/06/2021
16:13 MYT
Pelan Pemulihan Negara: Usaha proaktif kerajaan jamin kemampanan negara dan kesejahteraan rakyat - Pemuda PN
Pemuda Perikatan Nasional akan menggalakkan penglibatan lebih ramai sukarelawan dari kalangan parti komponen Pemuda PN dalam melancarkan proses vaksinasi di PPV di seluruh negara. - Gambar hiasan/ Bernama
Pemuda Perikatan Nasional mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung tahniah kepada Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas perancangan terperinci mengenai perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang diperhalusi daripada data, sains dan maklum balas daripada kementerian utama negara.
Setelah lebih satu tahun kita mendepani cabaran ini dengan strategi dan pendekatan ‘lockdown’, Pelan Pemulihan Negara ini adalah ‘game changer’ untuk membawa kita menuju jalan keluar - "exit plan" kepada permasalahan hari ini. Justeru, 4 fasa dalam pelan pemulihan ini wajar disokong oleh semua pihak.
Perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara ini menjadi indikasi tepat bahawa Kerajaan hari ini mendukung aspirasi demokrasi apabila dengan tuntas akan memberikan komitmen agar Sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa 3 dijangka bakal digapai sekitar bulan September atau Oktober tahun ini mengikut SOP yang ketat. Jelas, Kerajaan hari ini dilihat terus menyokong prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan setelah komitmen ini dinyatakan.
Pemuda Perikatan Nasional juga dengan ini menegaskan bahawa jangan pula ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja menimbulkan keresahan mahupun kecelaruan di kalangan rakyat sehingga mengganggu gugat tugas utama Kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19 dengan berkesan. Pemuda Perikatan Nasional menyokong agar darurat kesihatan di sambung bagi memastikan sistem kesihatan tidak runtuh dan Pelan Pemulihan Negara di laksana dengan lancar.
Pemuda Perikatan Nasional akan menggalakkan penglibatan lebih ramai sukarelawan dari kalangan parti komponen Pemuda PN dalam melancarkan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara. Cabaran COVID-19 bukan ‘zero-sum game’. Pelan ini memperlihatkan sikap tuntas dan holistik Kerajaan dalam mendepani pandemik demi menjamin keselamatan dan nyawa rakyat tanpa mengabaikan usaha menjana kemampanan ekonomi negara.
Pemuda Perikatan Nasional juga menyeru rakyat Malaysia agar terus memberi kepercayaan pada kerajaan, berdoa, berjuang, bersatu hati dan tenaga dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini supaya dapat bersama-sama kita keluar dari kemelut pandemik ini secepat mungkin.
Staysafe Lindung Diri, Lindung Semua Teguh Kita, Menang Bersama
YB Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin Ketua Pemuda Perikatan Nasional YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Ketua ARMADA BERSATU Nasional Sdr Rizal Johari Ketua Pemuda STAR Sdr Jamain Sarudin Ketua Pemuda SAPP Sdr Wong Chia Zhen Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN Pusat
Topic Berkaitan
#Pemuda PN
#Perikatan Nasional
#Pelan Pemulihan Negara
#lockdown
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan