KUALA LUMPUR: Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) kini sedang disemak semula dalam usaha memantapkan aspek penjagaan dan kebajikan golongan itu susulan jangkaan Malaysia akan mencapai taraf negara tua menjelang 2030, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata untuk itu, kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.
"Selaras dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada sesi soal jawab lisan yang ingin tahu tentang tindakan dan pendekatan kerajaan bagi menghadapi jangkaan Malaysia yang akan mencapai negara tua.
Selain itu, Nancy berkata kementerian juga sedang menjalankan kajian untuk mewujudkan akta khusus bagi warga emas di Malaysia dengan kajian dilaksanakan konsultan dari Universiti Malaysia.
"Kita juga telah mendrafkan Rang Undang-Undang Warga Emas (yang) bertujuan untuk menjaga kesejahteraan warga emas...jadi pasukan projek khas telahpun ditubuhkan bagi meneliti lanjut kesesuaian rang undang-undang yang dibuat itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) kini sedang disemak semula dalam usaha memantapkan aspek penjagaan dan kebajikan golongan itu susulan jangkaan Malaysia akan mencapai taraf negara tua menjelang 2030. -Gambar hiasan/Bernama

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Rumah Seri Kenangan Cheras
Lawatan itu adalah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, Isnin lepas.

Usaha tarik minat kanak-kanak membaca perlu lebih kreatif - Nancy
Galakkan kanak-kanak memilih bahan bacaan sebagai sumber maklumat utama berbanding media sosial supaya mereka belajar untuk berfikir.

Kemiskinan haid di Malaysia tidak membimbangkan
Pemberian tuala wanita dijalankan bagi memastikan kumpulan terlibat berada dalam keadaan bersih sewaktu menjalani tempoh haid.

Galak penggunaan bahasa isyarat di agensi kerajaan - Nancy Shukri
Nancy juga menggalakkan kementerian dan agensi lain untuk memulakan inisiatif yang sama, selain turut mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama badan bukan kerajaan serta swasta.

JKM salur RM2.4 bilion kepada lebih 500,000 penerima bantuan pada 2022 - Nancy
Trend permohonan bantuan berkenaan bertambah saban tahun dengan peningkatan ketara ketika kemuncak penularan COVID-19, pada 2020 dan 2021.

Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-Kanak ditubuhkan bagi tangani kes penderaan
KPWKM menubuhkan Mesyuarat Panel Penempatan Kanak-kanak kepada Orang Yang Layak dan Sesuai di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri.

Rantai kaki anak: JKM nilai laporan 3 beradik didera - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menilai laporan siasatan polis serta hospital berhubung kes tiga beradik lelaki yang dipercayai didera di Kangar, Perlis.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

Pemilihan penjaga kanak-kanak dipelihara akan diperketat - Nancy
Satu buku garis panduan baharu diperkenal untuk dijadikan rujukan bagi menilai pihak yang berkelayakan menjadi penjaga kepada kanak-kanak berkenaan.

Usahawan wanita: Malaysia jadi tuan rumah AWE Asia Timur dan Sidang Kemuncak Pasifik
Sidang kemuncak itu memfokuskan usaha meningkatkan kewangan, membina rangkaian serta mengembangkan perniagaan sama ada dalam talian atau fizikal.