Pelan Transformasi pacu ST ke arah pengawal selia berimpak tinggi

Shamsul Azri berkata pelan berkenaan memberi tumpuan kepada enam tema strategik iaitu tadbir urus, struktur organisasi, pendigitalan, pembangunan keupayaan, libat urus pemegang taruh dan kelestarian kewangan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelan Transformasi Suruhanjaya Tenaga (ST) berfungsi sebagai panduan menyeluruh dirangka bagi memperkukuh kedudukan suruhanjaya itu sebagai pengawal selia tenaga yang moden, responsif dan berimpak tinggi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Ringkasan AI
- Pelan Transformasi Suruhanjaya Tenaga (ST) diumumkan untuk memperkukuh kedudukan pengawal selia tenaga sebagai moden, responsif, dan berimpak tinggi.
- Pelan tersebut menekankan enam tema strategik termasuk tadbir urus, pendigitalan, pembangunan keupayaan, serta komunikasi telus.
- Transformasi ST akan menjadikan institusi tersebut lebih fleksibel, fokus pada pengawalan ekonomi, dan memastikan keselamatan tenaga serta pembangunan sektor tenaga yang berkesan.
"Langkah utama termasuk menubuhkan pasukan transformasi khusus, menaik taraf sistem digital, meningkatkan semula kemahiran kakitangan serta melantik "Ejen Perubahan" sebagai perunding dalaman bagi menggerakkan setiap tema.
"Pelan ini menekankan komunikasi telus, pengurusan perubahan yang inklusif dan pengukuran prestasi secara berterusan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum Energy Regulatory Insights (ERI) 2025 di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mad Zaidi Mohd Karli dan Ketua Pegawai Eksekutif ST Siti Safinah Salleh.
Menurut Shamsul Azri, transformasi itu akan mengubah ST daripada pengawal selia tradisional kepada sebuah institusi moden yang fleksibel, dengan fokus pada pengawalan ekonomi dan kerjasama strategik dengan pemegang taruh bagi memastikan organisasi terus kukuh, dipercayai dan berkesan dalam persekitaran tenaga yang sentiasa berubah.
Shamsul Azri berkata pendekatan transformasi ST dipandu Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), sebuah rangka kerja keseluruhan kerajaan yang disusun berdasarkan lima teras reformasi dan 20 strategi meningkatkan integriti, keupayaan, ketangkasan organisasi, penyampaian perkhidmatan berorientasikan rakyat serta kolaborasi merentas sektor.
Mengenai forum ERI, beliau berkata dengan lebih 600 peserta mewakili pembuat dasar, pengawal selia, utiliti, pemaju, penyedia pembiayaan, penyelidik dan pengguna, forum itu menekankan keperluan bagi keseragaman pengawalseliaan dan kerjasama merentas sektor.
"Saya menyeru setiap peserta untuk menukarkan pengetahuan diperoleh kepada tindakan, menyertai sandbox, komited terhadap perolehan yang telus, melabur dalam latihan tenaga kerja dan bersama-sama mereka bentuk piawaian boleh dilaksanakan dengan pantas," katanya.
Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata forum berkenaan berfungsi sebagai platform utama untuk dialog strategik dan kerjasama merentas ekosistem tenaga, bagi memastikan negara bergerak secara boleh dipercayai, lestari dan adil dalam agenda peralihan.
Beliau berkata dasar kerajaan, termasuk Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menjadi teras utama peralihan tenaga Malaysia, disookong sasaran boleh diukur dan inisiatif oerpasi seperti Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) serta Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA).
Akmal Nasrullah berkata peranan ST dalam memastikan kejelasan pengawalseliaan, mempercepatkan pelaburan, melindungi pengguna dan memacu inovasi melalui mekanisme seperti regulatory sandbox dan meter digital, yang bertujuan memperkukuh keselamatan tenaga serta menyokong pembangunan sektor berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


