SEREMBAN: Kementerian Ekonomi akan melancarkan projek rintis Akademi Industri peringkat nasional pada Selasa ini sebagai usaha kerajaan untuk melaksanakan reformasi pasaran buruh dalam negara.
Menteri berkenaan, Rafizi Ramli berkata, pihaknya berjaya menarik minat 200 syarikat pengilang antarabangsa bagi membuka ruang kepada belia khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melibatkan diri dalam sektor pembuatan dan perkilangan sebagai pekerja berkemahiran tinggi.
Beliau berkata, ia juga bertujuan bagi menangani isu berbangkit berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti tempoh pengajian yang panjang, tidak menamatkan pengajian dan minat semakin berkurang terhadap bidang berkenaan.
"Dalam tempoh dua bulan lepas kita mendapatkan syarikat kebanyakannya ialah syarikat pengilang antarabangsa yang akan memberi peluang kepada syarikat ini mengambil, melatih pekerja kemudian disijilkan dalam tempoh 18 bulan.
"Kalau kita tidak lakukan sesuatu kreatif ini akan ada kesan lebih parah kepada negara jadi kita yakin sebenarnya, terutama kepada belia tidak ada kelulusan. Lepasan SPM di negara kita hanya sekitar 30 peratus sahaja yang melanjutkan pelajaran, 70 peratus kekal dengan SPM jadi mereka ini nak buat apa, kita kena buka dan bawa mereka masuk ke dalam sektor pembuatan dan perkilangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Program Jelajah MADANI di pekarangan Pusat Perniagaan Taman Megaway, malam tadi.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan juga bercadang meluaskan inisiatif berkenaan melalui kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) supaya sijil diperoleh menerusi Akademi Industri dapat diiktiraf dan para peserta boleh melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah.
"Insya-Allah ia akan melibatkan kerjasama IPT supaya ada aliran daripada sijil ke diploma dan ijazah, Selepas ini lepasan sekolah ada dua pilihan, pergi ke universiti dan belajar kemudian cari kerja atau masuk industri terus bekerja dan disijilkan sehingga mendapat ijazah melalui aliran ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Rafizi berkata, Kementerian Ekonomi berjaya menarik minat 200 syarikat pengilang antarabangsa bagi membuka ruang kepada belia khususnya lepasan SPM untuk melibatkan diri dalam sektor pembuatan dan perkilangan sebagai pekerja berkemahiran tinggi.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelancaran Akademi Industri peringkat nasional Selasa ini - Rafizi
Projek rintis Akademi Industri peringkat nasional merupakan usaha kerajaan untuk melaksanakan reformasi pasaran buruh dalam negara.