awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong warga asing lemas di Pulau Perhentian Kecil

Bernama
Bernama
18/07/2018
11:26 MYT
Pelancong warga asing lemas di Pulau Perhentian Kecil
Mangsa dipercayai mengalami serangan jantung ketika melakukan aktiviti menyelam. - Gambar hiasan
Seorang pelancong lelaki daripada Afrika Selatan Magiet Mogamat Saaid ditemui mati lemas dekat Pulau Perhentian Kecil semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mayat Magiet, 66 tahun, daripada Cape Town ditemukan 12.30 tengah hari dan dipercayai mengalami serangan jantung ketika melakukan aktiviti menyelam bersama tiga rakannya berdekatan Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil.
Mangsa dikatakan telah berada di pulau terbabit sejak 13 Julai lepas.
Sementara itu, mayat seorang guru wanita daripada Kelantan dikenali sebagai Eliza Nurhidayah Mohd Rajali, 35 tahun, pula ditemui orang awam di tepi pantai Flora Bay, Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar hari ini.
Mangsa telah mengunjungi pulau berkenaan bersama beberapa anggota keluarga termasuk suaminya dua hari lepas dan keluar bersendirian awal pagi tadi untuk mandi manda di laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cape Town
#Coral Bay
#Eliza Nurhidayah Mohd Rajali
#Flora Bay
#lemas
#Mahiet
#Mohd Zamri Mohd Rowi
#pelancong
#Pulau Perhentian Besar
#Pulau Perhentian Kecil
#Teluk Dalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan