awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2023
03:40 MYT
Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar
Pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran di Bukit Baru pada Malam Ahad. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Pelanggan dan peniaga di sebuah medan selera di Bukit Baru di sini cemas apabila lima buah gerai di kawasan itu terbakar pada malam Ahad.
Komander Operasi, Penguasa Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Mohamad Hamdan Sudin berkata, dua jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan kecemasan pada jam 11.41 malam.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati lima gerai telah terbakar sebanyak 30 peratus.
"Kita dimaklumkan ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan dan peniaga yang masih berada di medan selera itu dikejutkan dengan api marak.
"Difahamkan peniaga cuba memadamkan api itu namun tidak berjaya dan terpaksa menghubungi pasukan bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 11.53 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya jam 1.15 pagi.
"Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat," jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#medan selera
#kebakaran
#gerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan