awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelanggan polis pengiring palsu diminta tampil bantu siasatan - Polis

Bernama
Bernama
11/01/2016
09:49 MYT
Pelanggan polis pengiring palsu diminta tampil bantu siasatan - Polis
TAJUDIN: Polis percaya terdapat beberapa lagi individu terlibat dengan kegiatan itu, selain menyiasat daripada mana suspek memperoleh pelanggan. - Gambar Fail
Polis meminta pihak yang pernah menggunakan khidmat dua individu menyamar sebagai polis trafik untuk mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran tertentu, tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sekurang-kurangnya empat kali dengan bayaran RM100 bagi setiap perjalanan.
"Kedua-dua suspek yang ditahan Selasa lepas, dibebaskan dengan ikat jamin polis pada Jumaat lepas setelah tamat tempoh reman. Kes akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Tajudin diminta mengulas mengenai kes dua lelaki yang ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, pada Selasa lepas.
Mengulas lanjut, beliau berkata polis percaya terdapat beberapa lagi individu terlibat dengan kegiatan itu, selain menyiasat daripada mana suspek memperoleh pelanggan.
Pada Selasa lepas, dua lelaki berusia 38 tahun ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis trafik bagi menjalankan kegiatan mengiringi kenderaan dengan mengenakan bayaran, di Jalan Bukit Bintang di sini.
Kedua-dua suspek itu menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBX 750, yang menyerupai motosikal milik anggota polis trafik.
Topic Berkaitan
#pengiring
#polis
#Tajudin Md Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan