Insiden perlanggaran dua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Tanjung Malim pagi tadi akan disiasat berdasarkan dua aspek utama iaitu masalah teknikal dan kesilapan manusia.
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Rani Hashim Samsudin berkata siasatan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca serta langkah yang perlu diambil untuk menanganinya.
"Buat masa ini kerja-kerja pembaikan trek sedang dilakukan selain menunda tren yang terlibat bagi membolehkan laluan ke utara yang terjejas dapat dibuka semula, sekali gus melancarkan perkhidmatan.
"Pada masa ini hanya satu laluan dibuka dan kelewatan perkhidmatan tren ini berlaku kerana penggunaan satu landasan sahaja di antara Tanjung Malim dan Kuala Kubu Baru," katanya selepas meninjau lokasi kejadian di sini.
Katanya kejadian itu adalah yang kedua dalam tempoh dua tahun selepas kejadian pada Mei 2016 di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Mengulas lanjut, Rani Hashim berkata selain kerosakan trek, dua daripada enam koc tren komuter mengalami kerosakan yang agak teruk.
Terdahulu hari ini, KTMB dalam satu kenyataan berkata dalam kejadian 6.02 pagi di Platform 2 stesen berkenaan lima daripada 20 penumpang tren komuter cedera ringan dan telah dihantar ke klinik kesihatan di sini.
Tren kargo dengan muatan 30 gerabak itu dalam perjalanan dari Stesen Jalan Kastam ke Ipoh Cargo Terminal (ICT) Ipoh manakala tren komuter pula sedang bersedia untuk memulakan perjalanan ke Stesen Pelabuhan Klang yang dijadualkan pada 6.05 pagi.
Rentetan perlanggaran itu, perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi sektor utara mengalami kelewatan perjalanan 10 hingga 15 minit manakala perkhidmatan tren komuter pula mengalami gangguan perjalanan bagi laluan Tanjung Malim-Kepong dengan jangkaan kelewatan 20 hingga 30 minit.
Insiden bagaimanapun tidak menjejaskan perkhidmatan KTM Komuter laluan KL Sentral-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Pulau Sebang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 18 2018
Siasatan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca serta langkah yang perlu diambil untuk menanganinya. - TWITTER/@BernamaNewsCH
Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Pemerintah Indonesia komited jadikan Bali nadi pelancongan negara
UNWTO mengiktiraf kawasan pelancongan berkenaan sebagai antara yang terbaik di dunia bagi tahun ini.
AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
BSSM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Tumpuan Selasa – 10 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KTMB tambah baik jadual perjalanan komuter sektor Lembah Klang dan utara
Jadual waktu terkini untuk laluan berkenaan akan berkuat kuasa pada 25 Julai.
89,976 tiket KTMB masih ada untuk pulang beraya
Sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.
Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang terlibat sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.
KTMB kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan 8.30 pagi ini
Tren ulang-alik antara sempadan Malaysia-Thailand melibatkan perkhidmatan State Railway of Thailand pula digantung sepenuhnya buat sementara.
KTMB tawar lebih 900,000 tiket balik raya
KTMB menawarkan lebih 900,000 tiket bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri yang disambut pada Mei.
KTMB patuhi garis panduan cegah penularan koronavirus
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak koronavirus.
Pemandu parah lori terbabas ke landasan kereta api di Nilai
Seorang lelaki parah selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum memasuki landasan kereta api dalam kejadian di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Benar, Nilai.
Operasi perkhidmatan tren kembali seperti biasa - KTMB
Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah kembali beroperasi seperti biasa hari ini, menurut satu kenyataan media.
Pelanggaran tren: KTMB mulakan siasatan secepat mungkin
Siasatan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca serta langkah yang perlu diambil untuk menanganinya.
Satu gerabak 'Expres Timuran' tergelincir di Bera
Sebuah gerabak kereta api 'Tren ExpresTimuran' tergelincir semasa melalui landasan yang sedang dibaik pulih di Kilometer 80.50 berhampiran Mengkuang, Bera dekat sini, hari ini.