IPOH:Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manaf Hashim sebagai Penasihat Khas Menteri Besar Perak bertaraf Exco bukan merupakan satu imbuhan.
Sebaliknya, kata Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad, pelantikan dibuat kerana berlaku kekosongan dan berdasarkan kelayakan yang ada pada Abdul Manaf yang telah menjadi ADUN Pengkalan Baharu sejak 2013.
Katanya, selain sebagai salah seorang wakil rakyat yang senior, Abdul Manaf juga mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor korporat sebagai bekas Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Kita memilih dia sebagai antara ADUN yang senior. Jadi, kita yakin kepada kebolehan dia, dia ambil tempat itu. Tidak ada imbuhan apa-apa, tidak ada janji apa-apa. Tak ada.
"Tempat itu telah dikosongkan oleh Datuk Zainol (ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin), maka saya perlu isi. Jadi, kita bila nak isi (kekosongan), kita pilih orang pada pendapat kita layak.
"Jadi, di antara kriterianya, dia ADUN senior dan ada pengalaman korporat. Dia dahulunya duduk dalam Lembaga TNB. Jadi, berasaskan kepada pengalaman itu, kita lantik dia. Itu saja," katanya kepada media ketika ditanya berhubung pelantikan Abdul Manaf.
Saarani ditemui selepas rakaman program penghijauan Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok peringkat negeri Perak di Taman Eko Rimba Kledang Saiong di sini, hari ini.
Sebelum ini, timbul cakap-cakap yang mengatakan pelantikan Abdul Manaf ada kaitan dengan usul undi percaya yang dibawa beliau dalam DUN Perak bulan lalu, yang menyebabkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang jawatan Menteri Besar.
Rabu lalu, Saarani mengumumkan pelantikan Abdul Manaf sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Besar, di samping ADUN Alor Pongsu Datuk Sham Mat Sahat sebagai Setiausaha Politik yang baharu.
Selain ADUN Pengkalan Baharu, Abdul Manaf juga adalah Pengarah Bebas TNB sejak Februari 2010 hingga Mei 2018.
Pada 4 Disember lalu, Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti terhadap usul undi percaya yang dibawa Abdul Manaf ketika persidangan DUN Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Dec 28 2020

SAARANI: Kita memilih dia sebagai antara ADUN yang senior; kita yakin kepada kebolehan dia. Tidak ada imbuhan apa-apa, tidak ada janji apa-apa. - Astro AWANI

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

LHM: Tiga kes positif COVID-19 gugat persiapan THT
Keputusan ujian calitan itu merupakan satu tamparan hebat terhadap usaha KHM membentuk gelembung sukan menjelang aksi pembuka tirai di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 11 Mac ini.

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Mansuh kawal selia industri beras, tingkat daya saing tempatan - IDEAS
Pemansuhan kawal selia import beras akan menggalakkan daya saing, kecekapan dan inovasi dalam pasaran tempatan.

COVID-19: Korban global cecah 2.5 juta
Menurut data Universiti Johns Hopkins, jumlah korban meningkat kepada 2,501,626 ketika dunia mencatatkan lebih 112.7 juta kes positif.

AWANI Ringkas: MIC bincang isu kerjasama dengan Bersatu & PN

PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.

Melaka terima 8,190 dos vaksin COVID-19
Vaksin yang dibawa dengan sebuah van penyimpanan khas milik syarikat logistik melalui jalan darat itu diiringi dengan lebih tujuh kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Insiden tertukar bayi di Hospital Melaka disiasat - Exco
Siasatan itu bagi menentukan sama ada berlaku kecuaian petugas kesihatan atau sebaliknya.

SPM: Calon positif COVID-19 di Kelantan tidak ambil peperiksaan hari ini
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata, pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tindakan awal ke atas premis haram proses besi berjaya elak krisis air di Lembah Klang - Hee Loy Sian
Pencemaran berpunca daripada efluen premis peleburan dan pengasingan sisa besi yang beroperasi tanpa kebenaran di premis tersebut.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan Melaka dijangka turun dalam 3 hari
Ia boleh dicapai berikutan bilangan kluster yang masih aktif di Melaka mula menunjukkan penurunan.

#SpeakUpForNature: WWF galak rakyat tulis surat kepada Exco alam sekitar
WWF-Malaysia menyediakan platform untuk rakyat menyuarakan masalah alam sekitar kepada Exco masing-masing.

19 tong bahan kimia dipercayai dibuang di tanah rizab Sungai Langat 3 hari lalu - Exco
Siasatan dilokasi kejadian menemui bahan kimia pelarut dan penipis cat.

JKM ambil hak jagaan sementara dua adik kanak-kanak lemas dalam tong dipercayai didera
JKM Melaka akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan sementara terhadap dua beradik berkenaan.

Hanya 2,628 pekerja asing jalani saringan COVID-19 di Melaka
Mereka merupakan pekerja asing yang digaji 99 majikan di Melaka dan melibatkan pelbagai sektor.