IPOH:Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ (undi percaya) yang berlangsung pada Jumaat.
Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul tersebut hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.
Usul dibawa ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Manap Hashim.
Sebelum ini, menerusi surat bertarikh 18 November, Abd Manap berkata, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mempunyai keyakinan majoriti ADUN.
Walaupun usul tersebut yang terakhir di dalam aturan urusan persidangan hari ini, tetapi dua ADUN, Salbiah Mohamed (BN-Temengor) dan Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) membawa usul agar ia disegerakan.
Usul kedua-dua ADUN itu kemudiannya disokong majoriti ahli Dewan.
Speaker, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memutuskan agar pengundian dibuat secara sulit di mana setiap ADUN diberi kertas undi.
Beliau kemudiannya mengumumkan keputusan undi yang dijalankan secara bertulis itu.
Terdahulu, Abd Manap ketika membentangkan usul tersebut berkata, beliau mahu membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan majoriti dan keyakinan ADUN untuk menerajui kerajaan negeri.
Ini kerana isu “kerajaan pintu belakang” sering ditimbulkan pembangkang, katanya.
Tambahnya, sekalipun pelantikan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak sah dari segi undang-undang tubuh negeri, beliau berasakan langkah kedua terbaik ialah “kita sahkan kepimpinan (kerajaan) Perak melalui Dewan ini.”
"Jika kita lihat parti besar (UMNO) yang sokong Perikatan Nasional (PN) di Perak seolah-olah ada masalah dengan menteri besar, maka medan yang paling baik ialah selesaikan di dalam Dewan ini.
"Maka, hari ini kita tentukan secara tuntas sama ada ADUN Chenderiang ada keyakinan majoriti atau tidak,” katanya.
Untuk rekod, bagi sesuatu usul untuk mendapat majoriti mudah, ia memerlukan sekurang-kurangnya sokongan daripada 30 ADUN.
Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional 25, Bersatu 5, Pas 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5, Gerakan 1 dan Bebas 1.
Awal hari ini ketika memulakan sesi persidangan, Mohammad Zahir memaklumkan mesyuarat bahawa hari ini kerajaan negeri akan membentangkan belanjawan negeri.
Katanya, beliau juga ada menerima usul mengenai undi percaya kepada menteri besar daripada Abd Manap namun beliau memutuskan menolak usul itu bagi mendahulukan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 negeri berkenaan.
Berdasarkan aturan mesyuarat DUN Perak, usul tersebut ada dalam senarai namun tidak ada tarikh pembentangan.
Menurut jadual, persidangan kali ini berlangsung selama lima hari, bermula hari ini sebelum bersambung pada Selasa hingga Jumaat depan.
Isabelle Leong
Fri Dec 04 2020

Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoiriti Ahli Dewan Undangan Negeri dalam usul undi percaya yang berlangsung pada Jumaat. - BERNAMA
Agenda AWANI: Kalau guru mahu pencen awal…
Kenapa guru bersara awal? Apa boleh buat untuk pastikan guru kekal dalam profesion ini lebih lama dan mengurangkan kadar persaraan awal? Diskusi 9 malam

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Kementerian Digital akan perkenal sistem perisikan pantau aktiviti jual data peribadi
Kementerian Digital bakal memperkenalkan satu sistem perisikan yang pertama seumpamanya di negara ini untuk memantau aktiviti penjualan data peribadi di laman sesawang gelap.
AWANI Borneo [18/2/2025] – Petronas tidak terjejas| Pelaburan strategik terbaru Sabah| PRN Sabah
#AWANIBorneo bersama Syaff Shukri
- Kontrak sedia ada yang dimeterai Petronas dan anak syarikatnya tidak terjejas
- Loji penapisan, penyimpanan minyak bakal dibina di SOGIP
- Pengagihan Kerusi PRN17: Nanti kita buat keputusan - Hajiji
- Kontrak sedia ada yang dimeterai Petronas dan anak syarikatnya tidak terjejas
- Loji penapisan, penyimpanan minyak bakal dibina di SOGIP
- Pengagihan Kerusi PRN17: Nanti kita buat keputusan - Hajiji
31 maut, puluhan cedera akibat bas terjunam
10 individu, empat kanak-kanak antara yang dimasukkan ke hospital dengan beberapa daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Yoon Suk Yeol tidak hadir untuk perbicaraan pemecatannya yang ke-9
Seorang peguam yang mewakili Yoon berkata, ini kerana Presiden terlebih dahulu telah mengadakan pertemuan dengan pasukan peguamnya di Mahkamah dan mendapati tiada kepentingan untuk beliau hadir.
Pengarah bebas eksekutif MAHB letak jawatan
Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Ningsari Ahmad Radhi mengesahkan kesemua pengarah bebas bukan eksekutif (INED) meletakan jawatan mereka berkuatkuasa pada tarikh penyehsenaraian syarikat pada isnin.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.
Agenda AWANI: Jenayah senjata api, banteras segera
Apa faktor utama berlaku peningkatan jenayah senjata api di Malaysia dan sejauh mana cabaran utama pihak berkuasa dalam menangani jenayah yang melibatkan rentas sempadan ini? Diskusi 8.30 malam.
Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan 'musculoskeletal' (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Feb ini.

Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.

#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.

Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.

Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.

Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).

PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson

Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.