awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Ahli JKMR manifestasi Kerajaan MADANI banteras rasuah - PM

Bernama
Bernama
28/11/2023
12:27 MYT
Pelantikan Ahli JKMR manifestasi Kerajaan MADANI banteras rasuah - PM
Anwar berharap Ahli JKMR itu dapat mengalas tanggungjawab besar yang diamanahkan dengan penuh adil, tawaduk dan saksama. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) hari ini sebagai manifestasi Kerajaan MADANI untuk terus beriltizam dengan segala usaha dan kudrat bagi membanteras gejala rasuah di negara ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berharap Ahli JKMR bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 9 Okt lepas hingga 8 Okt 2026 itu dapat mengalas tanggungjawab besar yang diamanahkan dengan penuh adil, tawaduk dan saksama.
"Saya percaya Ahli JKMR Sesi 2023-2026 akan terus istiqamah dan beroleh hikmah untuk melaksanakan tugas memerangi gelaja rasuah yang kian membarah.
"Intiha penerimaan watikah ini, didoakan segala usaha murni kita ini mendapat keberkatan daripada-Nya," menurut beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan watikah pelantikan itu kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku Pengerusi JKMR, Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohd Shafizan Kepli, Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman di Bangunan Parlimen di sini.
Ia disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dalam kenyataan memaklumkan mereka telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan peranan menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek berhubung masalah rasuah dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#SPRM
#Kerajaan Madani
#JKMR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan