Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pelantikannya tidak dibuat tergesa-gesa sebaliknya mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Pelantikan mengikut proses yang dipersetujui perdana menteri serta mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Rabu.
Turut menyertai beliau dalam pertemuan kira-kira sejam itu berkaitan perkembangan di Terengganu ialah 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan Speaker DUN Terengganu Mohd Zubir Embong.
Ahmad Razif, 49, ADUN Seberang Takir, mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu pada Isnin.
Susulan itu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal dilaporkan bertindak keluar UMNO, diikuti ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud untuk menjadi wakil Bebas.
Roslee bagaimanapun dilaporkan kembali kepada UMNO dalam tempoh kurang 24 jam dari laporan itu dan beliau adalah antara ADUN yang menyertai pertemuan bersama perdana menteri hari ini.
Ahmad Razif berkata tiada rombakan exco atau speaker akan dilakukan.
Ditanya mengenai pertemuan dengan perdana menteri, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bernama
Wed May 14 2014
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman memulakan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu di pejabatnya. -- fotoBERNAMA
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Kalau pemimpin buat salah, perlu ditegur - Tun Mahathir
Teguran harus diberi tetapi dalam masa yang sama kekuatan parti haruslah dijaga, dan bukan mengambil tindakan yang melemahkan parti.
PAS ucap tahniah kepada Ahmad Razif, sedia bekerjasama
PAS Terengganu turut berharap Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Politik Terengganu: Guna pendekatan diplomasi bukan 'kasar' - Tun Mahathir
Jika pemimpin UMNO pusat menggunakan pendekatan secara 'kasar', ia hanya mengundang masalah.
Ahmad Said mengaku dipujuk sertai PAS ketika jadi ADUN Bebas
Namun dia tidak akan berpaling tadah dari UMNO walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.
Pelantikan bukan tergesa-gesa - Ahmad Razif
Pelantikan mengikut proses yang dipersetujui perdana menteri serta mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Roslee akui keputusan keluar parti tanpa arahan sesiapa dan terburu-buru
Beliau mengakui terkejut dan kurang jelas mengenai pertukaran MB namun yakin setelah diberi penjelasan oleh pucuk pimpinan parti.
Tiga Pegawai Kanan pejabat Menteri Besar Terengganu ditukar
Beberapa bertukaran lagi dijangka akan berlaku untuk disesuaikan dengan pertukaran menteri besar yang baharu.
Krisis politik Terengganu uji kematangan proses demokrasi negara
Proses periksa dan imbang bakal memainkan peranan yang penting bagi pihak kerajaan dan pembangkang mewujudkan kerajaan yang utuh.
Hishammuddin sifatkan tindakan Ahmad Said keluar parti satu kesilapan
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ahmad Said sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini.
ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO
Roslee telah menarik kembali keputusan untuk keluar dari UMNO selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangannya.