Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa anggota UMNO perlu berani menegur pemimpin jika pemimpin itu buat salah, dalam masa yang sama memelihara kekuatan parti.
"Yang itu penting kerana kalau pemimpin buat salah, kita tegur. Tetapi dalam masa yang sama kita juga harus jaga kekuatan parti. Kalau kita tegur dan kita ambil tindakan yang melemahkan parti, tidak baiklah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ucap tama seminar 'Tanah Tumpah Darah Ku' anjuran Majlis Belia Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya terdapat dua sifat dalam UMNO iaitu menjadi pengikut yang taat, sehingga kalau pemimpin buat salah pun mereka terima, manakala satu pihak lagi tidak taat dan mereka mengambil tindakan keluar parti dan sebagainya.
"Jadi ini yang menjadi masalah," kata Dr Mahathir.
Mengenai kemelut politik di Terengganu, beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku jika semua pihak bermufakat (berunding) dengan baik.
"Jadi, apabila kita hendak bertindak kena ada rundingan dan sebagainya. Tentukan dahulu perkara yang tidak diingini daripada berlaku (implikasinya) dan tentukan juga tidak ada pihak yang berkecil hati...itu cara yang terbaik.
Dr Mahathir berkata di Terengganu, mereka harus sedar bahawa kemenangan Barisan Nasional (BN ) pada pilihan raya umum 2013, adalah kemenangan yang tipis.
"Oleh itu, kalau mereka tidak bersatu maka akan jatuhlah kerajaan. Sekarang ini kita (BN) dapat kemenangan yang tipis di Terengganu, kita harus berhati-hati dalam menangani politik di negeri itu kerana jika dua atau tiga wakil rakyat BN 'lari' maka akan jatuh kerajaan.
"Tetapi Alhamdulillah, kemelut politik ini dapat diselesaikan," katanya.
Ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir berkata masyarakat di negara ini didapati kurang bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang mereka peroleh dalam perubahan keadaan.
Katanya: "Zaman orang Melayu dijajah dahulu, kita miskin dan kita dapat apa-apa sedikit pun kita bersyukur. Dengan itu kita berusaha lebih kuat lagi, tapi peluang pada masa itu kurang."
"Sekarang ini kita mendapat pelbagai kenikmataan termasuk biasiswa, cukup mudah.
"Jadi, kita kurang hargai. Apabila sesuatu itu datang dengan mudah, kita tidak menghargai. Inilah keadaan yang berlaku sekarang. Jadi, kita dapati ramai lagi tidak bersyukur dan berterima kasih, bahkan ada yang mengigit jari yang menyuapnya," kata Dr Mahathir.
Menyentuh isu perpecahan orang Melayu, beliau berkata jika di zaman British dahulu mereka bersatu padu kerana sedar tentang ancaman terhadap keselamatan dan negara.
"Tapi sekarang kita anggap tidak mengapa (sebab) memang ini hak kita.
"Kita tidak lagi memberi tumpuan kepada kebaikan negara atau pun bangsa, tetapi kebaikan diri kita. Bermakna kalau kita hendak sesuatu itu, kita terpaksa berpecah-belah pun tidak apa, asalkan kita dapat untuk diri kita.
Dr Mahathir mengakui persekitaran baharu juga memainkan peranan kerana negara sudah bebas dan Melayu dianggap berkuasa dan akan terus berkuasa.
Bernama
Thu May 15 2014
Kalau pemimpin buat salah, perlu ditegur - Tun Mahathir
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Kalau pemimpin buat salah, perlu ditegur - Tun Mahathir
Teguran harus diberi tetapi dalam masa yang sama kekuatan parti haruslah dijaga, dan bukan mengambil tindakan yang melemahkan parti.
PAS ucap tahniah kepada Ahmad Razif, sedia bekerjasama
PAS Terengganu turut berharap Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Politik Terengganu: Guna pendekatan diplomasi bukan 'kasar' - Tun Mahathir
Jika pemimpin UMNO pusat menggunakan pendekatan secara 'kasar', ia hanya mengundang masalah.
Ahmad Said mengaku dipujuk sertai PAS ketika jadi ADUN Bebas
Namun dia tidak akan berpaling tadah dari UMNO walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.
Pelantikan bukan tergesa-gesa - Ahmad Razif
Pelantikan mengikut proses yang dipersetujui perdana menteri serta mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Roslee akui keputusan keluar parti tanpa arahan sesiapa dan terburu-buru
Beliau mengakui terkejut dan kurang jelas mengenai pertukaran MB namun yakin setelah diberi penjelasan oleh pucuk pimpinan parti.
Tiga Pegawai Kanan pejabat Menteri Besar Terengganu ditukar
Beberapa bertukaran lagi dijangka akan berlaku untuk disesuaikan dengan pertukaran menteri besar yang baharu.
Krisis politik Terengganu uji kematangan proses demokrasi negara
Proses periksa dan imbang bakal memainkan peranan yang penting bagi pihak kerajaan dan pembangkang mewujudkan kerajaan yang utuh.
Hishammuddin sifatkan tindakan Ahmad Said keluar parti satu kesilapan
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Ahmad Said sepatutnya akur dengan surat yang telah ditandatanganinya sebelum ini.
ADUN Bukit Besi tarik balik surat keluar UMNO
Roslee telah menarik kembali keputusan untuk keluar dari UMNO selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangannya.