MELAKA: Pelantikan kontraktor penyelamat kedua, bagi menyiapkan sebahagian pembangunan bernilai RM30 juta di bawah pakej satu Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa Dua yang tergendala sejak dua tahun lepas, sedang dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata kontraktor penyelamat yang dilantik itu, diberi masa kira-kira 18 bulan daripada tarikh pelantikan untuk menyiapkan beberapa komponen pembangunan di bawah pakej satu berkenaan.
"Secara keseluruhan terdapat tiga pakej di bawah Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa Dua, dengan pakej dua dan tiga telah berjaya disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka sejak 2018.
"Manakala di bawah pakej satu pula, terdapat beberapa komponen pembangunan yang perlu dibina dan setakat ini 'River Information Centre' (RIC) telah disiapkan dan diserahkan kepada kerajaan negeri pada Julai lepas," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam melawat Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa Dua dan turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh.
Zaini berkata kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan projek berkenaan, telah ditamatkan lantikannya pada 2015 manakala kontraktor penyelamat pertama turut ditamatkan lantikan, bagi meneruskan projek berkenaan pada 2020.
Beliau berkata KASA komited dalam usaha memastikan kontraktor penyelamat baharu, dapat menyiapkan baki pembangunan projek di bawah pakej satu itu mengikut masa yang ditetapkan.
"Projek ini merupakan salah satu usaha kerajaan melestarikan alam sekitar dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat, untuk beriadah di tepi Sungai Melaka sekali gus menjadikan kawasan berkenaan sebagai tumpuan utama aktiviti pelancongan.
"Kita ambil maklum teguran Tun (Mohd Ali) berhubung sebahagian komponen projek pakej satu yang masih belum disiapkan dan beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan di bawah pakej dua dan tiga," katanya.
Beliau berkata penambahbaikan berkenaan yang melibatkan infrastrutur sedia ada akan dilakukan dengan kerjasama JPS negeri membabitkan peruntukan berjumlah RM1.1 juta.
Projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka fasa dua yang terbahagi kepada tiga pakej dilancarkan pada 2012 bernilai RM350 juta membabitkan kerja di sepanjang kawasan 5.2 kilometer bermula dari Jabatan Hang Jebat hingga pintu kawalan pasang surut Batu Hampar di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Mohd Ali diiringi Zaini (kanan) melakukan lawatan Projek Pembersihan dan Pengindahan Sungai Melaka Fasa Dua di Melaka semalam. --fotoBERNAMA

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.
Dua maut, lima cedera selepas bas bawa pelajar terbabas
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok di lebuhraya antara negeri berhampiran bandar Wawayanda, Timur New York pada Khamis.

Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.

Sungai Melaka Fasa Dua jadi kawasan aktiviti, latihan sukan air
Kerajaan negeri bercadang menjadikan sebahagian laluan di Sungai Melaka Fasa Dua sebagai kawasan menjalankan aktiviti riadah dan sukan air seperti perahu naga dan kanu.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Pertandingan memancing tangani fenomena ikan mati di Sungai Melaka
Kerajaan negeri akan mengadakan pertandingan memancing dan pesta masakan ikan sungai sebagai langkah proaktif menghadapi fenomena ribuan ikan mati di Sungai Melaka.

Pelantikan kontraktor penyelamat kedua siapkan projek Sungai Melaka sedang dimuktamadkan
Kontraktor penyelamat yang dilantik itu diberi masa kira-kira 18 bulan daripada tarikh pelantikan.

Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya pagi ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.

Kibar Jalur Gemilang pupuk semangat patriotik
Ada juga rakyat yang begitu patriotik sehingga sanggup mengeluarkan belanja besar untuk menghias rumah kediaman dengan bendera keramat ini.

Melaka Tengah dilanda banjir kilat, MRC henti operasi
Hujan lebat menyebabkan paras air sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca juga tidak menentu.

Banjir: Fenomena air pasang, penduduk Kampung Morten berjaga-jaga
Fenomena air pasang kali ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini sehinggakan dalam tempoh sebulan lima kali kampung itu dinaiki air.

Sungai Melaka bertukar jernih kehijauan sejak PKP
Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).