Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendakwa pelantikan Latheefa Koya sebagai sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan satu lagi isyarat pertembungan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Wiranita Putra, Intan Rahmah Ali berkata, Wiranita curiga dengan pelantikan Latheefa yang tidak sehaluan dengan Anwar yang juga Presiden PKR.
"Wiranita Putra percaya pelantikan Latheefa Koya pasti mengundang kritikan dari masyarakat dan orang ramai.
"Apakah ianya lantikan berdasarkan merit dan memenuhi tanggungjawab moral bukan kerana kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Sama sama kita tunggu dan lihat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Intan Rahmah juga berkata, Wiranita Putra turut curiga dengan keputusan Datuk Seri Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya.
"Adakah ada tekanan hingga menyebabkan beliau memilih untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal dari yang sepatutnya," katanya lagi.
Selain itu, Intan Rahmah menegaskan, Wiranita Putra akan memantau Latheefa Koya bagi memastikan SPRM bersikap adil dalam menjalankan siasatan dan tidak menumpu kepada target terpilih atau ada jerung yang terlepas.
Kata beliau, Wiranita Putra juga mempertikaikan pelantikan Latheefa yang dibuat tanpa merujuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
"Lebih mengejutkan apabila Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, YB William Leong memberitahu media, pelantikan tersebut tidak dibuat melaui jawatankuasa tersebut.
"Malah Leong juga berkata kepada media bahawa pelantikan Latheefa tidak sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan iaitu lantikan yang bebas politik," katanya.
Pada Selasa, kerajaan memaklumkan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdul yang memilih untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya.
Kontrak Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.
Astro Awani
Tue Jun 04 2019
Intan Rahmah juga berkata, Wiranita Putra turut curiga dengan keputusan Datuk Seri Mohd Shuri Abdul yang memilih untuk memendekkan perkhidmatan kontraknya. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).