PUTRAJAYA: Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan dibuat selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengesahkan perkara itu kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2024 di sini hari ini.
"Ia akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-Raja dan akan diputuskan kemudian," katanya.
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman, yang dilantik sebagai Pengerusi SPA ke-13 pada 25 Julai 2018, menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.
Ditanya mengenai kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang berakhir Ahad ini, Mohd Zuki berkata satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung perkara itu.
"Saya akan tanya Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya.
Azam, 61, bersara wajib pada Mei tahun lepas dan dilantik semula secara kontrak bagi tempoh setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Mohd Zuki mengesahkan perkara itu kepada media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MADANI Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2024 hari ini. - Gambar fail
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi baharu TH
Pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Hussain diharap menjadikan TH sebagai institusi Islam yang dihormati.
Berjaya Rail lantik Tunku Aminah sebagai pengerusi
Unit rel Berjaya Land Bhd, Berjaya Rail Sdn Bhd telah melantik Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai pengerusi.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Muhammad Bakhtiar dilantik Pengerusi MyCreative
Muhammad Bakhtiar menggantikan Noor Azmi Mat Said yang menamatkan penggalnya selepas berkhidmat di MyCreative sejak dua tahun lepas.
Mohamad Salim dilantik pengerusi MCMC baharu
Pelantikan Mohamad Salim itu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Mac.
Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.